Nuffnang

VIDEO : Amoi Pendemo Meroyan Dan Gambar Macai Kena Tahan!!!


Menurut info, lebih dari 20 pemimpin kalangan aktivis yang menyertai perhimpunan ini telah ditahan dan dibawa ke balai untuk diambil keterangan...

Bersemangat sungguh mereka berkumpul dan berdemostrasi... kononnya nak desak supaya Najib selaku PERDANA MENTERI MALAYSIA ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang... alih2 bukan Najib yg ditangkap, tapi mereka yang diangkut ke dalam trak polis... 


Sedangkan bos2 dan cif2 mereka sedang enak menikmati ketupat rendang dan kuih raya. Kah...kah... Berapa RM yang diorang dapat? Mungkin boleh cover perbelanjaan sebulan kot?

Laporan Bernama memetik seramai 29 individu termasuk enam wanita ditahan kerana disyaki terbabit dalam perhimpunan haram, yang dianjurkan beberapa kumpulan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, semua individu terbabit yang ditahan berumur dalam lingkungan 14 hingga 69 tahun.

“Mereka disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, iaitu sesiapa yang menjadi seorang anggota sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, hukumannya boleh dipenjara selama tempoh sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya.

“Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, dan boleh membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Tajudin berkata, semua individu ditahan itu akan dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan polis.

Perhimpunan haram itu, yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur, gagal mendapat sambutan selepas ia hanya dihadiri kurang 100 orang peserta berbaju hitam.

Jom kita layan gambar2 mereka beraksi menentang PERDANA MENTERI MALAYSIA...













Video Amoi Meroyan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top