Putrajaya – Festival
Belia Putrajaya 2014 (FBP) memasuki hari ketiga hari ini dengan pelbagai acara
menarik disajikan buat para pengunjung. Di Zon Selatan, Kejohanan Seni
Mempertahankan Diri Kebangsaan menjadi diantara tarikan utama festival ini.
“Para peserta
yang menyertai kejohanan kali ini adalah merupakan wakil dari negeri masing –
masing. Kita telah melaksanakan kejohanan diperingkat negeri dan saya berterima
kasih kepada kontinjen setiap negeri kerana menghantar peserta, menurut En.
M.Anualagan Ketua Delegasi kejohanan ini.
Tambahnya lagi,
terdapat 2 kategori pada kejohanan ini iaitu umur 11 dan 12 tahun dan 10 tahun
keatas. Daripada 2 kategori itu kami pecahkan kepada 19 disiplin. Kami merasa
bangga, kerana pada kali ini kami mendapat penyertaan dari kaum Melayu daripada
negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Saya berharap
agar pada kejohanan yang akan datang, penyertaan dari kaum lain akan terus
meningkat. Sebanagi penganjur, kami mahu Sukan Silambam ini mendapat tempat
dihati masyarakat negara ini, katanya mengakhiri perbualan.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....