Nuffnang

Mahfuz Omar Pesuruhjaya PAS Kedah Yang Baru



PAS melantik Naib Presidennya Dato Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa postmortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhki Marzki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 tadi.Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Ustaz Azizan kekal di DUN Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top