Nuffnang

OPS DAULAT : Kejayaan Menangani Krisis Satu Kenangan Terindah

Pencerobohan yang bermula pada 11 Feb itu merupakan peristiwa berdarah pernah berlaku dalam sejarah negara bagi pasukan keselamatan selepas serangan komunis dan konfrontasi Indonesia-Malaysia di era 60-an.

Kumpulan penceroboh bersenjata itu berhasrat mengambil Sabah secara tidak sah dari Malaysia dengan 150 tentera upahan.






Kejayaan menangani pencerobohan bersenjata oleh pengganas dari Selatan Filipina di Sabah menjadi kenangan terindah Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-60 esok.

Ismail berganding bahu dengan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin melalui strategi Lautan Biru melancarkan Operasi Daulat bermula 5 Mac setelah rundingan selama sebulan bagi menghantar pengganas itu pulang menemui jalan buntu.

Operasi itu juga dilancar selepas lapan anggota polis terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan di Semporna apabila diserang pengganas pada 1 dan 2 Mac.

Sepanjang Operasi Daulat, dua anggota tentera terkorban.

Kejayaan gerakan ofensif itu menyaksikan seramai 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain.




Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di sidang media menunjukkan foto militan yang terbunuh dalam 'Ops Daulat' di Lahad Datu.



Operasi Daulat tamat selepas kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu, mulai 29 Mac lepas serentak dengan penguatkuasaan Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE) demi menjamin keselamatan dan keamanan rakyat Sabah.

Dalam tempoh lima hari selepas pelaksanaan itu, kemampuan Ismail sekali lagi diuji dalam menjaga keselamatan awam apabila Dewan Rakyat dibubar pada 3 April untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian pada 5 Mei, Ismail berjaya membuktikan proses transisi pemilihan kerajaan berjalan dengan lancar dan terkawal meskipun beberapa insiden pergaduhan kecil dilapor berlaku di seluruh negara.

Mungkin tahun ini adalah yang paling 'sibuk' bagi anak jati kelahiran Kulim, Kedah itu dalam usaha memelihara keselamatan dan ketenteraman awam rakyat Malaysia, dan esok adalah hari untuk beliau 'berehat'.



Selepas 42 tahun menabur bakti dalam pasukan Harimau Biru bermula pada 1971 sebagai Inspektor Pelatih, esok merupakan hari persaraan Ismail sebagai orang nombor satu dalam pasukan itu.

Sebelum bersara, Ismail pernah menyandang beberapa jawatan, antaranya Pegawai Pendakwa di Mahkamah Ipoh, Perak pada 1994, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (1996), Ketua Penolong Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (2005), Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (2005), Ketua Polis Selangor (2006), Pengarah Pengurusan Polis Bukit Aman (2007), Timbalan Ketua Polis Negara (2007) dan Ketua Polis Negara (2010).

Tugas mengemudi pasukan polis itu akan disandang timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat.


-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top