Nuffnang

TERKINI : SEORANG LAGI SUSPEK DITAHAN, POLIS YAKIN KES DAPAT DIRUNGKAIKAN



Seorang pengimport alat-alat ganti kenderaan ditahan berhubung kes bunuh melibatkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman Dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata suspek yang berumur 37 tahun ditahan di Kuala Lumpur.

"Suspek berasal dari Kedah ditahan jam 2 petang semalam ," kata Ku.

Beliau menambah, polis ada beberapa petunjuk positif untuk merungkaikan kes ini. Suspek akan direman untuk membantu siasatan.

Empat hari lalu, seorang lelaki berusia 56 tahun juga ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian kes tembak berikut. Lelaki itu ditangkap di Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi (11 April).

Dalam insiden 26 April lalu, Pegawai ketiga tertinggi dalam Kastam yang mengetuai Bahagian Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri itu dipercayai diekori oleh dua suspek yang menaiki motosikal lebih kurang pukul 8 pagi di Lebuh Wawasan dari arah Dengkil.

Shaharuddin, 58, rebah di bahu pemandunya selepas suspek berkenaan dipercayai melepaskan tiga das tembakan ke arahnya di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa.

Allahyarham telah berkhidmat sebagai pegawai kastam selama 30 tahun.


Share this article

1 Komen:

  1. Banyak lagi tu yg ada kaitan dgn percukaian... cari dan sabitkan mereka dgn 302kk...aman malaysia...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top