Nuffnang

OPS DAULAT : Ikan Goreng Membawa Kepada Penemuan 6 pengganas

"Ikan goreng tersebut sebenarnya untuk enam pengganas itu termasuk dua orang wanita. Pasukan keselamatan kemudian mengatur strategi dan melancarkan serangan sehingga dapat membunuh musuh itu.


"Kita juga bernasib baik kerana lokasi musuh itu berada amat sesuai untuk melakukan serangan ke atas anggota keselamatan kita yang keluar masuk ke kampung itu," katanya yang ditemui di sini hari ini.



Gambar Hiasan


Seorang anggota keselamatan menceritakan detik bagaimana beliau dan pasukannya berjaya menembak mati enam pengganas Kiram di Tanjung Labian di sini, dalam satu serangan selepas menjejaki seorang penduduk kampung yang menghantar bekalan makanan kepada kumpulan berkenaan.

Mengimbas kembali kejayaan tersebut, anggota keselamatan yang enggan dikenali itu berkata, beliau mengesyaki 'sesuatu' selepas terserempak penduduk kampung tersebut membawa beberapa ketul ikan goreng yang didakwa untuk neneknya.

Menurutnya, beliau dan anggota keselamatan yang lain kemudian membuat siasatan dan menjejaki lelaki itu sehinggalah mendapati ada enam pengganas Kiram di dalam dua buah rumah.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana dibukakan pintu hati untuk mengesyaki perbuatan penduduk tersebut sekali gus menyelamatkan nyawanya dan anggota keselamatan yang lain.

- UTUSAN Online
Share this article

3 Komen:

  1. Quote: Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana dibukakan pintu hati untuk mengesyaki perbuatan penduduk tersebut sekali gus menyelamatkan nyawanya dan anggota keselamatan yang lain.

    Alhamdulillah, Insya Allah, Allah akan bantu pejuang kita dalam menjalankan tugas.

    BalasPadam
  2. boleh tanya bila ni berlaku?

    BalasPadam
  3. Lapar jugak setan sulu kiram gampang nih?...Ingatkan perut pun kebal x mati kalu tak makan,...piirraahhhhhh...ptui...Laknatullah!!!!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top