"Memang saya ada teringatkan mereka, tapi terpaksa korbankan perasaan itu. Lebih-lebih lagi ketika melakukan pemeriksaan di Kampung Air di Semporna, Sabah untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu yang bersembunyi di kawasan itu.
"Kami tidak tahu risiko dan bahaya yang bakal dihadapi sepanjang melakukan pemeriksaan di kampung berkenaan. Namun, saya bersyukur kerana tiada sebarang kejadian buruk berlaku ke atas kami," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam tadi.
"Setiap hari memang teringatkan anak dan isteri, tapi kerana kedaulatan negara, saya korbankan perasaan itu," kata Azizi Azman, 31, seorang daripada anggota dan pegawai PDRM yang bertugas dalam Op Daulat.
Azizi yang bertugas di Cawangan Jenayah Berat Kontinjen Kota Bharu, Kelantan berkata, bagi menghilangkan rasa rindu terhadap isterinya, Nurhafizah Ismail, 31, dan dua anaknya, dia akan menghubungi mereka sekiranya berkesempatan berbuat demikian.
Azizi seorang daripada 139 anggota dan pegawai Cawangan Siasatan Jenayah, PDRM selamat tiba di KLIA jam 9.40 malam tadi dari Tawau, Sabah selepas menyertai Ops Daulat.
Semua anggota dan pegawai terbabit kemudiannya dibawa menaiki bas dan van untuk menghadiri majlis sambutan ketibaan wira Ops Daulat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Poh Eng San, 46, yang bertugas di Cawangan Jenayah Berat Kontinjen Kedah berkata, dia gembira dapat kembali ke semenanjung serta menyifatkan pengalaman bertugas dalam Op Daulat adalah pengalaman yang sukar dilupakan.
"Sepanjang di sana, kami melakukan tugasan dengan semangat juang yang tinggi bagi memastikan kedaulatan negara dapat dikekalkan.
"Kami juga mahu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa menyokong dan mendoakan keselamatan kami sepanjang menyertai misi ini," katanya.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....