Rody Kunsul
Salah seorang penduduk Kampung Tanjung Batu, Rody Kunsul, 36, mengaku pernah bertemu dengan ketua penceroboh, Azzumudie Kiram dan Jeneral Musa pada 4 Mac yang lalu.
Katanya, kejadian itu berlaku pada jam 8 pagi apabila kira-kira 60 pengganas Kiram yang masuk ke kampung tersebut dan mengarahkan penduduk berkumpul di satu kawasan lapang.
Katanya, selepas penduduk berkumpul, Azzumudie Kiram membenarkan wanita dan kanak-kanak keluar dari kampung mungkin atas faktor keselamatan.
"Pengganas juga membuat dua sekatan di kampung itu, kami tiada jalan mahu keluar, semuanya sudah ditutup.
Kata Rody lagi, sejurus selepas itu, Jeneral Musa mengarahkan dua penduduk kampung membeli beras dan barang makanan lain sambil menyerahkan RM400.
“Saya mengikut dua penduduk ini kerana saya ada kenderaan, selepas kami keluar, kami tidak balik-balik lagi, saya ditawan kira-kira 30 minit sahaja,” katanya.
Ditanya bagaimana penduduk lain boleh melepaskan diri, Rody memberitahu kepada Sinar Harian bahawa Azzumudie dan Musa membenarkan penduduk kampung menyelamatkan diri selepas meminta izin.
“Penduduk meminta izin mahu melarikan diri kerana pada 5 Mac, tentera mengebom kedudukan Kampung Tanduo, bunyi letupan amat kuat dari sini,” katanya.
Selain itu, Rody turut memberitahu kelibat Azzumudie dan Musa tidak lagi kelihatan selepas itu, namun dipercayai mereka melarikan diri ke arah utara dan meninggalkan sedikit pengganas di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian untuk bertempur dengan pasukan tentera.
Pada 5 Mac lalu, Op Daulat dilancarkan dengan serangan udara dari pesawat pejuang F/A-18D Hornet dan Hawk 208. Ia disusuli dengan tembakan artileri dan kereta perisai memasuki kawasan tersebut.
- SINAR
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....