Nuffnang

#Harimau Malaya : Bila Menteri Bersuara!!!



MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sesuatu yang drastik perlu dilakukan terhadap skuad bola sepak negara bagi memulihkan sokongan peminat tempatan.

Menurut beliau, jika itu tidak dilakukan pada kadar segera, peminat bola sepak negara akan hilang," katanya Shabery berkata peminat sudah tidak mahu mendengar pelbagai alasan, sebaliknya ingin melihat pasukan negara menang atau mempamerkan kualiti permainan yang menarik.

"Alasan bila sekali dua kalah tidak mengapa, tetapi kalau sudah berkali-kali kalah, peminat sudah tidak boleh terima lagi alasan," katanya.

Terdahulu, beliau mewakili pasukan bola sepak kementeriannya menentang pasukan bola sepak Parlimen Paya Besar di sini, yang berkesudahan pasukannya
menang 7-1.

Sementara itu bercakap kepada pemberita di KEMAMAN, Terengganu, Ahmad Shabery berkata beliau menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menentukan nasib Datuk K. Rajagobal sebagai pengendali skuad kebangsaan.

Katanya, FAM perlu membuat keputusan bijak demi masa depan skuad Harimau Malaya yang semakin lesu.

Mengenai isu Rajagobal melanggar Artikel 88 Statut FAM, Ahmad Shabery berkata beliau percaya perkara berkenaan akan dapat diselesaikan secara baik
oleh FAM.

Media sebelum ini melaporkan Rajagobal berdepan dengan tindakan FAM susulan kenyataannya mengkritik dasar badan induk bola sepak itu membenarkan pemain import dalam Liga Malaysia yang dikatakan punca bola sepak negara kini ketandusan pemain penyerang berbisa. - Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top