Nuffnang

GEMPAR : MB KEDAH LETAK JAWATAN DAN SERTAI HASSAN ALI??

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Berita mengenai perletakan jawatan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak bertiup kencang malam tadi apabila maklumat ini diterima melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang disusuli dengan laman sosial Twitter serta Facebook.

Ianya semakin mendapat perhatian setelah ianya tersebar menerusi laman-laman blog Penyokong UMNO. Namun terdapat juga laman blog Penyokong Pakatan yang menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan ianya sengaja disebarkan pihak lawan bagi mencipta satu propaganda jahat yang bakal melemahkan Pakatan.

Namun setakat ini, tiada kenyataan rasmi dibuat dari pihak PAS Pusat dan Negeri berkenaan isu tersebut.

Azizan sebelum ini telah bertindak membelakangi pendirian Pakatan setelah menyatakan pendirian tegas mempertahankan tindakan 5 pelajar Kolej Universiti Insaniah di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).



Tindakan beliau telah menimbulkan kemarahan terhadap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menganggap beliau tidak menjamin pendirian PAS yang secara serius akan memansuhkan Akta tersebut jika memperolehi kemenangan pada Pilihanraya Umum akan datang.

Azizan turut dikecam beberapa Pemimpin Pakatan termasuklah bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang mendesak ADUN Sungai Limau, Kedah itu melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.

Sumber : KLPos

BB : Sama-sama kita tunggu..........
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top