Siapa kata meja bersepah di pejabat menjejaskan prestasi kerja atau produktiviti? Albert Einstein dan Roald Dahl antara pemikir terkenal pun amat dikenali dengan meja kerja yang bersepah. Lebih mengejutkan penemuan yang diperoleh oleh Ketua Penyelidik Universiti Groningen, Jia Liu menyatakan meja bersepah tidak menjejaskan kualiti kerja sebagaimana ia kelihatan kerana pendekatan menyelesaikan masalah yang golongan ini miliki membantu kecekapan kerja atau meningkatkan daya kreativiti seseorang dalam penyelesaian masalah.
"Tidak semua bukti menyokong kaitan konvensional antara persekitaran bersepah dengan minda yang berserabut" katanya lagi.
Tu dia.... antara kategori mana? Kepada pihak-pihak yang memperjuangkan kekemasan dan "kecantikan", perlu difikirkan kembali pendekatan atau amalan-amalan yang dilaksanakan di organisasi anda. Pilihan perlu dibuat samada kekemasan tempat kerja atau kekemasan hasil kerja yang diinginkan. Jangan kerana "peraturan" yang dilaksanakan menyekat "keselesaan" pekerja untuk menghasilkan kerja yang lebih bermutu dan berkualiti.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa meja yang kemas akan memberikan keselesaan kepada tuan empunya, cuma apa yang nak ditekankan di sini ialah produktiviti seseorang itu tidak semestinya bergantung kepada keadaan meja tempatnya bekerja.
BB : Nak meja kemas, tapi tak sempat nak mengemas....
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....