Browse » Home » » Guru dan Politik : Hanya 6 daripada 290,457 Yang Memohon
Guru dan Politik : Hanya 6 daripada 290,457 Yang Memohon
Kementerian Pelajaran mendedahkan hanya seramai
enam orang daripada 290,457 guru siswazah memohon untuk terlibat dalam
politik walaupun kerajaan telah membenarkan tenaga pengajar yang
menepati syarat terlibat dalam politik.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jumlah
permohonan yang sedikit itu dipercayai berpunca kerana guru-guru masih
bimbang mereka dikenakan tindakan akibat terlibat dalam politik.
Menurutnya, selain itu, para guru turut bimbang identiti mereka yang
terlibat dalam politik dan parti didedahkan oleh kementerian dan boleh
menjejaskan tugas mereka.
"Para guru dinasihatkan tidak perlu bimbang sekiranya ingin
mengemukakan permohonan untuk terlibat dalam politik kerana kebenaran
yang diberikan oleh kerajaan telah menjamin identiti mereka dirahsiakan
dan tiada tindakan diambil.
"Cuma mereka perlu mengikut syarat yang ditetapkan iaitu guru yang
mempunyai jawatan penting dalam sekolah seperti guru besar dan pengetua
tidak dibenarkan terlibat dalam politik," katanya selepas merasmikan
majlis penutup Forum Penyatuan Islam bersama pesara guru peringkat
negeri Johor di Hotel Pine Tree, di sini hari ini. - UTUSAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



bila mata anak mula merah ini mungkin sebabnya

barang kemas rm300 00 hilang warga emas terkejut b...

strict terms for paya mengkuang pig farms to resum...

had baharu pembelian beras putih tempatan bernama ...

remaja lelaki hampir diculik dua individu ketika b...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....