Nuffnang

Golongan Muda Tolak Ideologi PR Pertikai Perlembagaan Negara

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak golongan muda di negara ini menolak ideologi baru bawaan pakatan pembangkang, khususnya berkaitan keberanian mempertikaikan perkara yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Menyifatkan perbuatan tersebut sebagai cuba “menjahanamkan negara”, beliau berkata tindakan mempertikaikan apa yang dilakukan kerajaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, yang didakwa tidak adil kepada rakyat oleh pembangkang, merupakan satu tohmahan yang sengaja diputar belit untuk mengelirukan rakyat.

“Mereka telah membawa ideologi baru dengan mempersoalkan banyak perkara yang telah kita terima selama ini, persoalkan sebahagian besar peruntukan dalam Perlembagaan Negara dengan menyatakan bahawa BN tidak berlaku adil kepada semua kaum dalam negara.




“Itu semua tohmahan. Sebab itu saya nak mengajak anda semua untuk menentang mereka ini yang merupakan puak-puak yang hendak menjahanamkan negara,”

Kecenderungan pembangkang memutarbelitkan fakta seperti isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menuntut supaya kebebasan diberikan kepada kumpulan biseksual dan transgender tidak harus dibiarkan kerana tuntutan sedemikian akan memberi masalah kepada rakyat dan negara.

Katanya hasil putar belit dalam isu PTPTN, pakatan pembangkang berjaya mempengaruhi generasi muda dan mahasiswa untuk turun berhimpun dan berkhemah di Dataran Merdeka sedangkan pada hakikatnya mereka diperdaya.

Golongan muda terutamanya Pemuda BN perlu tampil menjadi benteng bagi mempertahankan Negara daripada menjadi bahan tohmahan pihak berkenaan yang semakin lantang kebelakangan ini.

“Dalam isu PTPTN di mana anak-anak muda diajak untuk pergi berhimpun di Dataran Merdeka. Saya ikuti perkembangannya sudah beberapa hari tetapi tidak ada orang sambut pun, malu muka mereka kerana ditipu oleh pihak pembangkang.

“Jadi, kalau mereka nak membawa budaya songsang dan putar belit ini, maka Pemuda BN harus tentang mereka habis-habisan dan jangan biarkan mereka ini meruntuhkan sistem hidup yang telah kita bina dan bangunkan di Malaysia selama ini,” katanya.

Mengenai sokongan terhadap BN di Wilayah Persekutuan, Muhyiddin berkata tahap sokongan dan penerimaan masyarakat terhadap BN telah meningkat berbanding pada pilihan raya umum tahun 2008 hasil transformasi yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno, Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri berkata Wilayah Persekutuan, sebagai pintu dan tingkap kepada negara, berada dalam situasi yang agak istimewa berbanding negeri lain dan berdasarkan semangat yang ditunjukkan Pemuda dan jentera parti, beliau yakin BN akan kembali menguasai kerusi di wilayah itu.

“Kalau sekarang ini saya lihat semangatnya memang berkobar-kobar, jadi tak payah kita tanya bila pilihan raya, hari ini pun boleh, besok boleh, sebulan dan setahun lagi pun boleh… yang penting semangat yang ada harus dipertahankan sehingga sampai masa yang difikirkan sesuai untuk pilihan raya diadakan,” 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top