Nuffnang

MEREKA ADALAH PENGECUT!!!



Zahid Hamidi menyifatkan bekas-bekas jeneral tentera yang menjalankan kempen memburukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai orang yang pengecut dan kecewa. 

Pihak terbabit tidak sepatutnya memperlekehkan taktikal yang digunakan sepanjang Operasi Daulat kerana ia adalah berbeza dengan situasi ketika jeneral-jeneral itu bertugas. Perbuatan mereka membuatkan anggota tentera yang berada di medan pertempuran dan keseluruhannnya marah serta berasa terhina.

Golongan berkenaan kata Zahid selain ditunggangi oleh pihak tertentu sebenarnya mereka terdiri daripada orang yang kecewa kerana gagal mencapai apa yang diimpikan semasa berkhidmat.

Ketika ditanya apakah mereka ini boleh dikenakan tindakan, Zahid berkata, biarlah rakyat yang menolak mereka kerana menyebarkan dakyah songsang mengenai ATM. Beliau mengenali salah seorang mereka yang pernah mengikuti misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi mereka seorang yang pengecut dan hanya duduk di pejabat.

Zahid bagaimanapun enggan menyebut nama individu terbabit, sebaliknya membandingkan dengan Panglima Angkatan Tentera yang sedia ada merupakan seorang yang berani telah turun ke medan pertempuran.

Dalam pada itu Panglima Angkatan Tentera memberitahu Operasi Daulat masih diteruskan dan kini tertumpu di kawasan Tanjung Batu. Pagi ini juga, kata beliau, anggota keselamatan juga bertempur dengan kumpulan kecil pengganas.

Beliau juga percaya pengganas adalah terdiri daripada mereka yang pernah datang dan tingggal di kawasan berkenaan oleh sebab itu mereka cukup mahir dengan kawasan terbabit yang mempunyai paya, hutan sekunder, ladang kelapa sawit yang telah matang, ladang kelapa sawit yang baru ditebang dan ditanam semula.

Tiada tempoh tertentu ditetapkan bagi menamatkan operasi kerana ia akan mengambil masalah yang lama bagi memastikan musuh benar-benar dihapuskan dari kawasan berkenaan.

Selain itu pihak tentera juga sedang melakukan penilaian terhadap kerosakan dan kerugian yang dialamai oleh penduduk kampung termasuk tanaman yang rosak, ternakan yang hilang dan rumah yang dibakar pengganas.

Penilai itu akan diserahkan kepada kerajaan untuk diberi bantuan, selain projek Jiwa Murni yang akan dijalankan oleh tentera.

Tentera akan terus berada di kawasan berkenaan walaupun operasi telah selesai bagi membantu orang ramai memulakan semula kehidupan serta memberi keyakinan kepada mereka.
Share this article

2 Komen:

  1. mimpi di siang hari...di janjikan duduk di kerusi empuk Kementrian Pertahanan.

    BalasPadam
  2. lawak le ko zahid, yg mn tak sehaluan dgn ko, semua ko gelar pengecut, tp kami yg berkerja di bawah jeneral ghafir tahu, tahu mcm mn tahap kepermimpinannya, tak ada seorg pun tentera menafikn apa apa yg jeneral ghafir ckp bahawa kelengkapan dan alatan kami memang ketinggalan, kami tak salahkn dato seri najib kerajaan bagi peruntukan yg betul, tetapi disalah gunakn oleh setgh2 pegawai membeli alatan2 yg tak bermutu dgn harga yg melampau2..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top