TERDESAK!! Nenek Tua Diugut Agen Parti!!
Seperti biasa, apabila pilihanraya semakin hampir, pelbagai cerita atau gossip termasuk fitnah semakin rancak melanda. Tapi adakalanya sesuatu kisah itu tidak boleh dipandang remeh apabila ia sudah mula menjadi mimpi ngeri bagi kebanyakan penduduk yang dianggap bagi sesetengah meraka boleh dijadikan sebagai bahan ‘mainan politik’.
Seperti kisah yang berlaku di Kampong Sawah Laku Bukit Kepong, Ledang, Johor. Badariah Baba, seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian telah menjadi mangsa kepada pihak terdesak yang inginkan kemenangan pada PRU-13 ini. Mengetahui mangsa tinggal bersendirian, maka dia dijadkan sasaran utama dalam strategi kotor mereka semata-mata untuk mendapatkan undi walaupun secara dasarnya mereka tahu perbuatan mereka sama sekali menyalahi undang-undang. Kedatangan mereka bertiga ke rumah mangsa termasuk pasangan berpurdah hitam serta menutup separuh muka telah memberikan kesan trauma kepada mangsa yang sehingga kini takut untuk menerima sebarang tetamu.
“Makcik jangan menyesal ye!” adalah antara ugutan yang dihembur mereka apabila mangsa gagal memberikan kad pengenalan atau passport seperti yang mereka kehendaki. Menurut mangsa, mereka yang masuk ke rumah melalui pintu dapur itu secara bersahaja meminta beliau menyerahkan kad pengenalan atau passport. Mangsa yang terkejut dengan kejadian merasakan seperti dirinya seolah-olah hendak dibunuh. Menurutnya lagi, dia mengenali salah seorang daripada mereka kerana lelaki tersebut juga merupakan penduduk sekitar yang juga disahkan sebagai ahli PAS.
Baca lagi, KLIK SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



allahuakbar baru baru ni ada laporan matahari terb...

nasib ahli perniagaan didakwa pukul pengawal perib...

pmx maklum mahb diserang penggodam tuntut wang teb...

here s how we re helping developers build safer an...

aktif libatkan diri sertai ngo

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....