Kamilia Ibrahim
SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, semalam, tampil memohon maaf atas tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
Menerusi video yang dihantar kepada media, Kamilia turut menjelaskan alasannya bertanding atas tiket Bebas kerana beliau tidak dipilih sebagai calon oleh parti.
“Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai.
“Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan bertanding di kerusi Parlimen agar dapat memperjuangkan hak wanita dan mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini.
Dalam pada itu, Kamilia juga yakin akan mendapat sokongan pengundi di Kuala Kangsar.
“Saya faham masalah penduduk Kuala Kangsar kerana sering turun padang sejak tujuh tahun lalu. Fakta ini dapat membantu saya dalam PRU13 ini,” katanya.
Kamilia merupakan antara 58 ahli Umno yang dipecat daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Beliau akan menentang calon Pas, Dr Khalil Idham Lim Abdullah dan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad. - SINAR
Suruh Dato Kamilia duduk diam diam kat rumah lepas pilihan raya nanti baru jumpa Najib & Zambry minta maaf............
BalasPadamKamilliah lah seorang manusia yg bodoh n sombong...orang nak bagi kawasan DUN tak mahu....konon nak parlimen n mahu jdi menteri kononnya(DNGAQ CRITER JAUH2 LE). Brtindak tdak gunakan akal tapi guna kepala lutut..itu le akibatnya. Nyesal ddolu2 pndapatan..nyesal kmudian tak guna dah. Huuuuuu.....ambik kau...lepas ni dok d umah lah main ngan cucu.
BalasPadam