Nuffnang

2 PELAJAR DITAHAN MENYAMAR PEMANTAU PILIHANRAYA



Dua pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di negeri ini ditahan semasa penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Pasir Puteh semalam kerana disyaki menyamar sebagai pasukan pemantau pilihan raya dan cuba memasuki pusat penamaan calon menggunakan pas palsu.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bagi Pilihan Raya Umum (PRU-13), Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, dua pelajar berusia 23 dan 26 tahun tersebut disiasat di bawah Seksyen 24 A (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang pihak yang tidak berkenaan berada dalam jarak 50 meter dari sempadan mana-mana tempat penamaan calon.





Gambar Hiasan


"Mereka memakai baju t-shirt bertulis perkataan pemantau pilihan raya dan pas pemantau tetapi apabila disemak mereka bukanlah seperti yang dikatakan.

"Kedua-duanya ditahan semasa cuba masuk ke pusat pencalonan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakam," katanya kepada pemberita semasa menyampaikan taklimat harian di Pusat Media IPK Kelantan di sini hari ini. - KOSMO!


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top