Seorang lelaki berusia 29 tahun mati ketika menerima rawatan di hospital manakala ibunya cedera parah, selepas ditembak oleh penunggang motosikal dalam kejadian di Bulatan Billion, Cheras jam 11.30 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa dan ibunya yang menaiki kereta Nissan Livina sedang dalam perjalanan ke Puchong apabila tiba-tiba ditembak oleh suspek.
Gambar Hiasan
"Sebanyak 10 das tembakan dilepaskan suspek.
Dua das terkena mangsa dan dua lagi terkena ibunya," katanya.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 1 petang manakala ibunya yang parah masih menerima rawatan.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....