Nuffnang

PANAS : PEJUANG BANGSA DEDAH PUTAR BELIT MALAYSIAKINI

Malaysiakini malu besar,pereka fesyen dedahkan cerita sebenar !

25 Januari 2012, Pejuang Bangsa - Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp mengesahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di kedainya, tetapi menafikan pernah berkata bahawa Rosmah telah membelanjakan A$100,000.Menjawab dalam satu kenyataan hari ini atas pemintaan Malaysiakini untuk mendapatkan komennya, Kapp berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa lawatan tersebut "membuat pelbagai pembelian".

Kapp berkata, beliau tidak didedahkan jumlah yang dibelanjakan, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' dalam akhbar Sydney Morning Herald."Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai Paddington saya," kata Kapp dalam satu kenyataan jelas dibuat dengan berhati-hati."... Semasa lawatan mereka, anggota rombongan (Rosmah), termasuk rakan-rakan serta pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian secara berasingan. Saya percaya Datin Sri Rosmah adalah penaung Festival Fesyen Islam.

"Frockwriter melaporkan pada 17 Januari lalu, berdasarkan temubual dengan Kapp, bahawa "Rosmah telah menempah 61 helai sutera"."Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula pada harga A$400 dan hingga ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntington.Penulis kolum Andrew Hornery pula melaporkan bahawa isteri Perdana Menteri membuat "tempahan pakaian kira-kira A$100,000 di butik (Kapp) semasa bercuti di Sydney.

Menurut Kapp, artikel tersebut juga "tidak tepat" apabila mengatakan bahawa beliau "diterbangkan ke Malaysia bulan depan" semata-mata untuk faedah Rosmah.Sebaliknya, kata beliau, lawatan ke pelbagai tempat di rantau Asia, termasuk Malaysia, bagi tujuan saluran pemasaran barangannya dan untuk mendapatkan bahan bagi produk masa depan, adalah perkara biasa dalam urusan kerjanya dan perniagaan. -malaysiakini

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top