Nuffnang

MASALAH KESIHATAN : 71,700 Penjawat Awam Pilih Bersara Awal!


Permohonan 71,700 penjawat awam untuk bersara awal diluluskan dari 2006 sehingga kini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S K Devamany.
Devamany berkata, antara faktor penjawat awam memilih bersara awal disebabkan masalah kesihatan selain menceburi bidang perniagaan, mendapat tawaran pekerjaan lain, tidak mampu menampung bebanan tugas dan ingin memberi fokus kepada keluarga.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Boon Som Inong mengenai bilangan dan punca penjawat awam memilih untuk bersara awal bagi tempoh 10 tahun serta implikasi kelancaran kepada mutu perkhidmatan awam di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bilangan permohonan bersara awal yang tinggi itu tidak memberi implikasi kepada kelancaran dan mutu perkhidmatan awam di negara ini.

“Ini kerana jawatan yang ditinggalkan pesara akan diisi dengan kenaikan pangkat pegawai sedia ada atau melalui pelantikan baharu,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, terdapat 1,464,702 jawatan dalam perkhidmatan awam dan daripada jumlah itu hanya 1,264,842 diisi sehingga Oktober lepas. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top