Nuffnang

MAHASISWA MELAYU LEBIH CENDERUNG BERPOLITIK??

Bukan prejudis atau sinikal, namun kebangkitan ketara mahasiswa Melayu dalam gelanggang politik sejak kebelakangan ini sukar menepis andaian itu.







Pelbagai pihak pening melayan kerenah dan mencari jawapan paling konkrit mengapa golongan terbabit bertindak demikian meskipun banyak tolak ansur diberikan.Sukar mencari jawapan mengapa hanya mahasiswa Melayu lantang bersuara dan mahu menegakkan pendirian?  Mengapa bukan mahasiswa bangsa lain?

Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Ahmad Sohaimi Lazim berkata, walaupun kurang menyenangkan, mahasiswa Melayu masih mendominasi tempat di institusi pengajian tinggi (IPT). Beliau berkata, pembabitan dalam politik tidak terhad kepada bangsa, namun mahasiswa Melayu lebih menguasai keadaan bertitik tolak sejarah perjuangan terdahulu.

“Justeru, mereka kelihatan lebih ‘garang’ dan terkehadapan dalam hal ini, apatah lagi jumlahnya ramai, mempunyai banyak kelebihan selain senario politik sendiri yang memerlukan sokongan mereka.“Bagaimanapun, tanggapan mereka hanya suka berpolitik hingga mengabaikan pelajaran kurang tepat.

“Keseluruhannya, mereka masih berpijak di bumi nyata dan menjadikan politik pentas meraih pengalaman serta membina karisma diri,” katanya. Penonjolan mahasiswa Melayu dalam politik menimbulkan reaksi berbeza dengan sebahagian besar beranggapan mereka masih mentah hingga dianggap mudah dipergunakan pihak yang mempunyai kepentingan.

Selain itu, pembabitan secara aktif atau keterlaluan dibimbangi mengganggu proses pengajian sedangkan bangsa lain bersikap ‘berdiam diri’ dan lebih menumpukan perhatian pada pelajaran.
Ditanya apakah sejarah lama banyak mempengaruhi jiwa dan perjalanan politik mahasiswa Melayu, beliau mengakuinya kerana budaya serta kekuatan golongan terbabit terbina atas dasar memperjuangkan kebenaran.

“Jika kita menelusuri sejarah dulu, mahasiswa Melayu sinonim dengan perjuangan politik. Mereka ada paksi kukuh untuk menyalurkan perjuangan".

Baca lagi di Suara Generasi Baru
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top