Nuffnang

RESPON : Kenapa Hospital Kerajaan Selalu Sesak


Kita sering melihat atau membaca komen-komen tentang perkhidmatan hospital kerajaan yang sesak dan sibuk. Gambar2 wad dalam keadaan 'huru hara' akan diambil dan di viral oleh golongan yang jahil untuk memburukkan perkhidmatan hospital kerajaan dan memalitkan pula kerajaan dengan isu salah urus dan mengatakan kerajaan tidak boleh diharap, songlap duit billion2 dan sebagainya. 
Kenyataan2 seperti ini adalah daripada golongan jahil yang mempunyai agenda politik yang tertentu. Mereka membenci kerajaan hinggakan usaha kerajaan yang cemerlang selama ini seperti penjagaan kesihatan rakyat juga hendak dijadikan politik picisan. 


Ya benar, hospital kerajaan kita selalu sibuk dan sesak. Hospital swasta lebih selesa dan mewah. Kami hargai jika anda mengambil insurans dan pergi ke hospital swasta bagi mengurangkan kesibukan di hospital kerajaan yang 'cabuk' ini. 

Namun apakah puncanya hospital kerajaan sesak? Apakah ia bukti atau petanda salah urus dan pecah amanah seperti yang dituduh oleh macai? 

Kerajaan telah mempersiapkan hospital dengan jumlah katil yang sebegitu banyak! Hospital Kuala Lumpur misalannya adalah merupakan antara hospital terbesar di Asia dengan jumlah katil sebanyak 2,502 katil! Sebagai perbandingan, hospital swasta yang terhebat dan berprestij seperti Hospital Gleneagles KL cuma mempunyai 316 katil sahaja. Prince Court Hospital cuma mempunyai 288 katil sahaja. 

Di Melaka misalannya, Hospital Melaka mempunyai jumlah katil sebanyak hampir 1000 katil. Hospital swasta seperti Hospital Putra di Melaka cuma mempunyai 88 katil sahaja, hampir sama dengan kapasiti katil hospital daerah kerajaan seperti Hospital Jasin. 

(Note: Kesemua sumber jumlah katil adalah laman rasmi hospital berkenaan). 

Jadi, dengan jumlah katil yang sebegitu banyak, mengapakah hospital kerajaan terus sesak dan hospital swasta aman sentosa, nyaman dan mewah? Salah urus pemimpin negara? Hanya macai saja yang berpemikiran sedemikian. 

Hakikatnya, demografi pesakit yang menjadi pelanggan hospital kerajaan dan swasta adalah berlainan. Pesakit yang mampu dan mempunyai insurans saja yang akan pergi ke hospital swasta. Tetapi hospital kerajaan pula merawat masyarakat terbanyak dari pelbagai peringkat hidup tidak kira miskin mahupun kaya. Hatta orang gila, penjenayah dalam tahanan dan gelandangan juga akan tetap dirawat oleh hospital kerajaan. Hospital kerajaan tidak boleh menolak merawat golongan2 seperti ini seperti hospital swasta yang tidak akan sesekali menerima pesakit sedemikian. 

Hospital swasta boleh memilih jenis pesakit yang mereka masukkan ke wad. Seandainya jenis pesakit itu terlalu kritikal, peluang pulih tipis, doktor tidak selesa merawat pesakit tersebut, penyakit yang jarang dan tiada ubatnya di hospital swasta seperti kes gigitan ular, disyaki wabak penyakit berjangkit, kes2 medico legal seperti kes2 yang mungkin melibatkan perbicaraan mahkamah hatta jika doktor sedang bercuti tanpa gantian sekalipun, pesakit akan dirujuk ke hospital kerajaan utk rawatan lanjut. Malah banyak kes2 pesakit kronik yang telah dirawat di hospital swasta hingga luput had kredit insurans mereka akan akhirnya dirujuk ke hospital kerajaan untuk rawatan seterusnya kerana pesakit tidak lagi mampu membayar dan telah pokai. 

Hospital kerajaan tidak boleh bersikap memilih seperti itu. Ke mana lagi pesakit2 ini hendak pergi? Rakyat pasti tidak mampu dan rawatan terbaik tetap perlu diberikan kerana itulah dasar kerajaan yang kamu benci ini. Hatta penyakit yang jarang2 seperti kes gigitan ular laut yang memerlukan antivenom berharga RM 12,000 sebotol juga akan di simpan di farmasi kerajaan kerana hospital swasta tidak akan membeli ubatan yang jarang digunakan dan kemungkinan akan lupus begitu sahaja setelah tamat tempoh yang mana ia sudah semestinya merugikan perniagaan. 

Sungguhpun jumlah katil yang sebegitu banyak di hospital kerajaan (katil yang telah digazet) ia masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat marhaen yang tiba ke hospital saban hari. Kami terpaksa menyelit dan menyumbat lagi katil2 tambahan bagi menampung keperluan kesihatan rakyat. Kita tidak boleh menghalau pesakit untuk pulang ke rumah sedangkan ada pesakit2 yang tidak mempunyai rumah, memerlukan rumah perlindungan dan ada juga yang enggan diambil semula oleh waris mereka sendiri. Oh yes! Ramai sekali yang parking ibu bapa mereka pada kami dan selepas itu melengah2kan mengambil ibu bapa mereka. Kesemua ini merupakan faktor juga kenapa pesakit yang sepatutnya sudah boleh balik tetapi kekal menyesakkan wad. 

Di hospital swasta, anda boleh minta untuk masuk ke wad bagi sakit yang tidak serius. Asalkan ada insurans boleh check-in dan duduk rehat di hospital. Saya berikan contoh kes kenalan saya yang terjatuh dan pengsan seketika dek kerana gegaran di kepala yang dikenali dengan diagnosis cerebral concussion. Beliau telah diadmit dan duduk berehat di hospital selama 4 hari. Sakit yang sama jika di hospital kerajaan mungkin akan diobserve saja di jabatan kecemasan selama 6-8 jam dan kemudian dibenarkan pulang dengan protokol penjagaan kepala (head protocol). 

Kes2 mudah dan simple sememangnya lebih mudah dijaga, tidak rumit dan pesakit juga amat berpuas hati. Ia merupakan kaedah perniagaan yang lumayan dan mudah (easy money kata mat saleh). Siapa tak mau rawat kes simple beb? Kenapakah kes yang sama tidak diadmit di hospital kerajaan? Kerana kita memerlukan katil untuk pesakit2 yang benar2 serius, yang benar2 memerlukan rawatan. Kita tidak boleh mengutamakan pesakit ringan dan mengabaikan pesakit serius dan tenat dengan melihat ketebalan dompet mereka. 

Mengatakan bahawa kerajaan tidak melakukan usaha untuk mengatasi masalah kesesakan ini adalah merupakan satu tuduhan yang bodoh dan kesimpulan pramatang. Buka mata dan lihat dengan pandangan yang tidak dikaburi kebencian. Hospital Klang misalannya begitu sesak dan kerajaan telah membina Hospital Shah Alam yang serba moden untuk menampung keperluan penduduk. Malah hospital2 daerah lain seperti Hospital Banting yang berdekatan juga dinaik taraf hingga mempunyai ICU dan doktor pakar. 

Terkini, Hospital Alor Gajah di negeri saya misalannya juga telah dibuka ICU dan sudah mempunyai perkhidmatan kepakaran kecemasan dan perubatan. Kerajaan juga sentiasa komited dalam usaha menaiktaraf hospital. HKL dinaiktaraf supaya menjadi serba moden dengan perbelanjaan hampir RM 1 billion! Kerajaan juga senatiasa komited membina hospital2 baru. 

Terbaru di dalam bajet, kerajaan mengumumkan pembinaan 5 buah hospital di Cyberjaya, Pasir Gudang, Maran, Pendang dan Kemaman. Perlu ditekankan bahawa projek2 hospital kerajaan persekutuan sentiasa terlaksana dan tidak pernah tinggal sebagai batu asas spt di sebuah kerajaan lain. 

Kesemua ini menunjukkan iltizam kerajaan dalam memperbaiki perkhidmatan kesihatan untuk rakyat. Ketika baru Merdeka negara kita mempunyai sekitar 15 hospital sahaja. Kini jumlah hospital kerajaan negara kita sudah mencapai jumlah hampir 150 buah. Ini belum lagi dicampurkan hospital2 milik IPTA di bawah KPT dan hospital angkatan tentera Malaysia dan tidak termasuk hospital swasta yang turut disubsidi pelanggannya oleh kerajaan seperti IJN. 


1. Kerajaan sentiasa komited dalam meningkatkan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat. 

2. Subsidi kesihatan negara kita adalah merupakan antara yang tertinggi di dunia. Rakyat kita membayar hanya 5% dari kos rawatan sebenar mereka. 95% adalah subsidi. 

3. Anda mengatakan ia adalah wang cukai anda, tetapi hanya kerajaan yang BERTANGGUNGJAWAB saja yang akan membelanjakan sebegitu lumayan untuk perkhidmatan kesihatan rakyat. Bersyukur lah.

4. Kesesakan hospital kerajaan adalah disebabkan faktor2 valid dan tidak ada kena mengena dengan salah urus, pecah amanah atau segala temberang politik kebencian yang lain. 

5. Ambillah insurans bagi yang mampu untuk pergi ke private. Biarlah hospital kerajaan berkhidmat utk rakyat terbanyak yang benar2 memerlukan. 

6. Pada akhirnya saya bersetuju bahawa kerajaan tetap bersalah! 
Kerajaan bersalah kerana mengenakan caj minima RM 1 untuk mendapatkan rawatan. Ia terlalu murah, tidak dihargai dan karut pada era ini dan kerajaan wajar mengkaji semula nilai ini supaya perkhidmatan kesihatan Malaysia lebih dihayati nikmatnya oleh golongan kufur nikmat ini. 

Moga bermanfaat.

Share this article

6 Komen:

  1. kalau berduit bolehlah cakap besar..... waktu belajar tak kira peringkat sekolah rendah @ menengah dan kolej @ universiti pandai pula minta bantuan kerajaan seponsor yuran...dah mula berjaya jadi lupa diri dan tak sedar dek untung...hospital kerajaan untuk kami yang tak mampu bagi hang mampu pi jelah hos. swasta...buat semak saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangat bersetuju dengan pandangan tuan...

      Padam
  2. Sana rugi juta. Sini bazir berbillion. Sana rasuah, sini rasuah.

    Lepas tu perli rakyat dgn caj RM1. Sebenarnya pemimpin rasuah yg kufur nikmat.

    Patut bleh buka sepuluh lagi hospital atau besarkan hospital sediada.

    Jangan bagi alasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ORANG MACAM KAMU...MACAM KAMU...NI YANG KUFUR NIKMAT.

      Padam
  3. pelik aku dgn sebilangan org malaysia nih.. dah la kufur nikmat tu satu bab la jugak tapi yg tak tahan fitnah melampau tanpa fakta atau nas bila buat pertuduhan sebarangan.. mcm ni lah kpd sesapa yg dok tuduh org suka suki tuh belaja2 la insafkan diri tu balik..Allah s.w.t dah bg segala nikmat yg ada di bumi malaysia ni.. bersyukur la dengan seadanya..

    BalasPadam
  4. Ini nak mnunjukkan walau hospital kerajaan cabuk ke low class ke hospital kerajaan jugak pojaan ramai kan..kan..kan..dan lagi satu....kebanyakan mereka yang mendapat rawatanbkat hospital tu adalah pesara kerajaan..orang kerajaan dan mereka yang tak mampu...kekadang yang mampu pun ke situ sebb hospital swasta tak nak terima kes...so bersyukurlah...kerajaan kita masih prihatin...bukan mcm Dap tanah utk pprt tu mereka salah guna untuk kaya kan kroni...kalau Pm Najib songlap duit rakyat...kenapa rakyat byar duit hospital murah sangat...tu tak nak fikr pulak ke

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top