Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : "Tamparan" Pesara Tentera Buat Pendokong "Deklarasi Rakyat"


Seorang pesara tentera Othman Ab Majid hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan penjualan pangkalan data nama untuk Deklarasi Rakyat yang diterajui mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Othman, 56, ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini memberitahu beliau tidak mewakili mana-mana pihak dan bertindak demikian atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Beliau turut membuat laporan polis terhadap individu bergelar ‘Ratu Naga’ atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah yang didakwa membeli pangkalan data daripada pengaturcara komputer sambilan, Azharuddin Othman yang mendakwa telah menjual 900,000 nama dan nombor kad pengenalan bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya merasakan bertanggungjawab (untuk mengamankan) Malaysia masa darurat dahulu. Tak ada guna sekiranya negara kita mempunyai individu yang berkepentingan seperti itu.

“Saya tampil supaya pihak polis menyiasat perkara ini terhadap individu berkenaan,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Beliau turut menyeru kepada rakyat Malaysia yang mempunyai pandangan yang sama supaya tampil meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengumpulkan bukti secukupnya supaya dapat mendakwa individu terbabit.

Terdahulu, Azharuddin tampil mendakwa Ratu Naga membeli pangkalan data mengandungi 900,000 nama pada harga RM5,000.

Bagaimanapun, Ratu Naga menafikan pernah berhubung dengan Azharuddin, apatah lagi membeli pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama dan nombor kad pengenalan bagi tujuan Deklarasi Rakyat.-SuaraTV

Share this article

1 Komen:

  1. Apasal lapuran polis hanya untuk yg membeli data sahaja? Yg menjual dah mengaku tapi polis tak dakwa pun. Sepatutnya penjual yg lebih perlu didakwa sebab jika ratu naga tak beli dia akan jual kat orang lain. Janji dapat duit. Macam tokan dadah janji jual je.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top