Kuching, Sarawak - 31 Jan 2012. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengambil langkah proaktif dalam mendekati golongan muda khususnya dalam pelaksanaan programnya. Pendekatan "santai" dan "bersahaja" yang amat sinonim dengan orang muda telah digunakan dengan sebaik-baiknya melalui Program Sembang Mesra Belia ini terutama bagi mendengar keluhan dan kehendak orang muda dari akar umbi. Rata-rata peserta yang ditemui pada program ini menyatakan kepuasan dan syukur di atas keprihatinan kerajaan dalam memahami keperluan dan kehendak belia setempat.
Y.Bhg. Datuk Jamil Salleh yang merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KBS telah meluangkan masa hampir 3 jam bersama belia daripada bahagian Samarahan, Kuching, Betong dan Sri Aman. Beliau yang turut ditemani oleh beberapa orang pegawai dari kementerian telah menjawab isu dan persoalan yang diajukan oleh para belia di situ juga. Antara isu yang diajukan oleh para belia yang hadir ini antaranya keperluan untuk mempunyai kemudahan fasiliti sukan, tempat atau pusat untuk menganjurkan program belia, peruntukan dan banyak lagi.
Para peserta dan tetamu yang hadir yang dianggarkan sekitar 60 orang telah dijamu dengan masakan ala Sunda di Restoran Ruing Kruing, Satok di sini. Program ini dimeriahkan lagi dengan nyanyian "karaoke" oleh tetamu dan peserta yang hadir yang diadakan secara bergilir dengan sesi soal jawab.
BB : Kerajaan perlu sedar tanggungjawab untuk mendekati pihak belia perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Pihak berkenaan perlu memandang serius hal atau isu berkaitan belia supaya gelaja sosial yang sering dikaitkan dengan mereka dapat dikurangkan seterusnya melahirkan golongan belia yang maju, berdaya saing dan kompetitif bagi mencapai Gagasan 1Belia 1Malaysia.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....