Nuffnang

BONGKAR!!! 2 Tindakan Najib Buatkan Mahathir Desak Letak Jawatan!!!


MANSUH IPP MANSUH AP PUNCA MAHATHIR DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!

Malaysia Today pernah melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'.

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang.


Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP.

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripada jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan.

PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'LESEN MENCETAK DUIT' semata-mata.

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'ANGSA EMAS' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteridan keburukan 1MDB kepada negara.

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun.

Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia.

Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja APtermasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.

Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005.

Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar.

Bolehlah dikatakan AP dan IPP salah satu cara merompak wang rakyat secara berlesen oleh Tun Mahathir melalui kroni kroninya.

Tulisan

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top