Nuffnang

KLEPTOKRASI : Himpunan Orang-Orang Tak Tahu?


Tan Sri Annuar Musa dalam ceramah terbarunya menyindir pemimpin Pakatan Harapan mengenai cadangan mereka yang mahu mengadakan Himpunan Anti Kleptokrasi Selamatkan Malaysia yang bakal diadakan di Petaling Jaya, 14 Oktober ini.

Beliau dengan nada menyindir menganggar kehadiran dan sambutan pada perhimpunan tersebut seramai 2.5 juta orang kerana kehadiran penyokong dari PAN sahaja dianggar seramai 500 ribu orang.

Tapi malangnya masih ramai yang tidak tahu makna kleptokrasi tersebut dan mereka hanya terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang hanya mahu memporak perandakan negara.

Ini kata-kata yang boleh membuatkan PH sentap tidak boleh tidur malam.....

"Makna kleptokrasi pun tidak tahu, ada hati nak buat himpunan hapuskan kleptokrasi"

Tan Sri Annuar turut memberi penjelasan mengenai kleptokrasi yang disalah anggap oleh sesetengah pihak bahawa ia berkaitan dengan rasuah semata-mata.

"Kleptokrasi merupakan suatu bentuk undang-undang yang sedang diguna pakai di Amerika Syarikat (AS) yang mana digunakan apabila berlaku di AS atau libatkan institusi di AS yang sumbernya dikhuatiri dari sumber tidak sah.

"Maka undang-undang kleptokrasi menyatakan mereka boleh buat dakwaan sivil termasuklah rampasan sekiranya mahkamah di AS kata dakwaan itu benar. Itu secara ringkasnya," katanya.

Tambahnya, jika benar pembangkang ingin wujudkan undang-undang ini, mereka boleh membawanya ke Parlimen dan Annuar akan menjadi salah seorang yang menyokongya.

"Apa guna berhimpun tapi undang-undang itu tiada? Jika di AS, LGBT dihalalkan, adakah Malaysia nak ikut? Kita mesti buat undang-undang dalam konteks negara kita.

"Kalau pembangkang syorkan nak buat undang-undang seperti di AS di sini, mereka perlu bawa ke Parlimen dan saya nak sokong sebab kalau ada undang-undang kleptokrasi, kita boleh bekukan sebuah runah di Pulau Pinang yang tiada kolam renang.

"Kalau ada di negara kita, kita boleh bekukan aset seorg pemimpin yang telah didakwa oleh seorg blogger yang telah menerima wang bernilai RM1bilion," katanya.

Ujar Annuar, di bawah kleptokrasi aduan sudah cukup untuk tindakan digerakkan.

"Fahamkan dulu apa itu kleptokrasi. Perhimpunan hari Sabtu itu lebih kepada perhimpunan mereka nak sindir Perdana Menteri, dalam strategi besar mereka nak teruskan politik karektar.

"Tapi rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh. Orang Malaysia ramai yang faham apa itu kleptokrasi..biarlah proses tu berlaku..berhimpunlah...," katanya.

Tidak sukar untuk menafsirkan, apa tujuan sebenar penganjuran himpunan seumpama ini. Dalam perkembangan politik negara hari ini, Mahathir nampaknya terkial-kial mencari sokongan untuk meneruskan agenda jahatnya.

Malah, Pakatan Harapan sendiri sedang tercari-cari isu yang boleh menggoyangkan kerajaan. Kalau kita perhatikan memang dah lama benar beruk beruk ni tak berhimpun dan berguling dijalanraya.

Perhimpunan terakhir mereka pun pada Bersih 5.0 yang merosot sokongannya kerana di sabotaj oleh Mahathir dan puak-puak Bunga Raya. (SUMBER)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top