Nuffnang

KRITIK SULTAN : Zamihan Akan Disiasat, Wan Jie Pula Bebas Sehingga Kini


Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan berkata siasatan akan dimulakan terhadap pegawai kerajaan itu yang tidak berpuas hati dengan arahan Sultan Johor mengarahkan seorang pengusaha dobi menghentikan dasar 'orang Islam sahaja'.

Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, selepas didakwa mengkritik Sultan Johor pada Ahad.

Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam pesanan teks berkata: “Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat perkara itu.”

Terdahulu, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim mencabar menteri Umno bertindak ke atas Zamihan kerana mengkritik Sultan Johor dengan kasar.

Zamihan didakwa mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana mengarahkan seorang pengusaha dobi di Muar menghentikan dasar “untuk orang Islam sahaja” bulan lepas.

Video ucapan kuliah agama di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam pada Ahad itu kini tersebar kepada orang ramai.

Zaid berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom harus mengambil tindakan terhadap Zamihan.

Zaid juga berkata rakyat tidak sepatutnya menggunakan bahasa sebegitu dengan raja-raja.

“Sekalipun kamu tidak bersetuju dengan mereka, kamu perlu tunjukkan rasa hormat,” 

“Kamu tidak boleh bertolak ansur dengan kenyataan seperti itu dari seorang penjawat awam.”


WAN JI MASIH BEBAS WALAU HINA DAN PERSENDA SISTEM KESULTANAN

HAPUSKAN SULTAN PADA TAHUN 2030 - MALAYSIA JADI REPUBLIK


Itulah petikan dari satu rakaman video kata-kata Wan Ji yang merancang bahawa pada tahun 2030 nanti sistem Raja akan dihapuskan dan digantikan dengan sistem Republik.

Ana punya cita-cita, sekarang ni 2013 … (pada) 2030, “map” ana, Sultan tak ada, Sultan dah habis, Malaysia ni dah jadi Negara Republik. Sistem Presiden dah.

Ketika ini, Wan Ji telah dilantik sebagai pegawai penerangan agama Kerajaan Pulau Pinang.

Admin cuba untuk tidak mahu kaitkan tanggapan bahawa DAP memang mempunyai perancangan untuk menukar Malaysia menjadi sebuah Negara Republik, tetapi perlantikan ini membuat tanggapan itu semakin sukar untuk dinafikan.

Kepada pihak berkuasa, takkan "tak nampak dan tak dengar" apa yang Wan Ji perkatakan ini.
Share this article

1 Komen:

  1. Pada pandangan saya, Ustaz Zamihan itu hanya memberi pencerahan yg berguna kepada rakyat kerana mungkin ada yg keliru. Kalau nak dibanding dengan Wan Ji, tuduhan terhadap sultan lagi jelas dan kurang ajar. Beliau yg sepatutnya diambil tindakan tegas, kerana beliau lebih menyerupai subersif/kominis yg kini menjadi barua DAP yg semua orang tahu mempunyai agenda presiden.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top