BERSIH dah gagal.....kini muncul pula ABU (Angkatan Berfikiran Unta....korang cari la sendiri nama penuhnya). Satu lagi gerakan untuk membenci UMNO. Sudah-sudahlah tu.....
Strategi kali ini nampaknya mereka cuba mendekati golongan-golongan pertengahan dan bermasalah atau terpinggir seperti kata mereka "semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas (marginalised) seperti kumpulan Mat Rempit, Gelandangan (homeless), penganggur (jobless)". Satu lagi tindakan terdesak yang konon-kononnya cuba membela nasib golongan ini.
Tertindaskah mereka? Apa istimewanya Mat Rempit ini? Bukan setakat membahayakan diri sendiri, malah mengganggu dan membahayakan pengguna jalan raya dan orang ramai. Tetapi golongan ini sebenarnya golongan yang tak takut mati dan pantang dicabar. Sebab itu ABU cuba mendampingi golongan ini supaya "KEBERANIAN" mereka ini dapat DIPERGUNAKAN demi menggapai impian mereka untuk MENGGULINGKAN UMNO.
Kenapa UMNO? Kerana UMNOlah tunjang kekuatan Kerajaan Barisan Nasional. UMNOlah pejuang sejati bangsa Melayu. Dan UMNOlah parti yang mempertahankan ISLAM sebagai agama rasmi MALAYSIA, UMNO jualah yang menyanjung Kedaulatan RAJA-RAJA!!! Bila UMNO dirosakkan, maka jatuh dan rosaklah 4 komponen penting ini. Sebab itulah, gerakan sosialis dan liberal tidak henti-henti menyerang UMNO dari segenap sudut.
Dan gerakan terbaru diorang melalui ABU. Korang bacalah beberapa petikan yang sempat aku kongsi di sini daripada ABU :
"Operator-operator kami di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat, termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN".
"Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di KL-Selangor Chinese Assembly Hall. Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh Negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara Malaysia".
Korang lihat pula gambar-gambar dibawah dan cuba fahami maksud di sebaliknya :
ABU NEGERI SEMBILAN
ABU PENANG
ABU PERLIS
ABU PERAK
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....