Nuffnang

Manifesto PR Untuk PRU 13 : MANIFESTO BUKAN JANJI!!!!!


Demam pilihan raya telah tiba. Musim janji-janji manis diucapkan dengan indah dan berulang-ulang kembali lagi. YB-YB sedia ada gelisah dan "kepanasan" mengimbas dan melihat kembali janji-janji terdahulu sama ada telah tertunai atau bakal menjadi senjata makan tuan. Begitu juga dengan Manifesto PR yang sudah pasti diisi dengan pelbagai "bulan" dan "bintang" kepada rakyat dalam meraih sokongan seterusnya kemenangan pada PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Konvesyen Pakatan Rakyat kali keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Isnin memberikan tumpuan kepada pelancaran manifesto Pilihan Raya Umum ke-13.







Dengan tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’ tumpuan utama manifesto mereka menjurus kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kerajaan Rakyat dan Kesejahteraan Rakyat.


Antara pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.



Antara perkara yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat ialah menyediakan sejuta peluang pekerjaan selepas mengambil alih kerajaan Pusat, mewujudkan tabung dengan dana bernilai RM 2 bilion bagi membantu pelaksanaan gaji minimum, meningkatkan jalur pendapatan cukai tahunan maksima daripada RM200,000 kepada RM400,000.



Pakatan Rakyat juga turut menjanjikan pemansuhan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) serta saman AES yang dikeluarkan, menaikkan sumbangan kerajaan dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) daripada 15 kepada 20 peratus.



Pakatan Rakyat juga mahu mewujudkan Suruhanjaya Kontrak dan Konsesi Awam bagi menilai semula semua projek yang telah dianugerahkan kepada pihak tertentu tanpa melalui tender terbuka, menghentikan projek nadir bumi Lynas di Gebeng dan menilai semula semua fasa Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang.



Selain itu, Pakatan Rakyat mahu mewujudkan Skim Perintis Rakyat untuk melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang teknikal, menubuhkan lima lagi universiti dan 25 sekolah vokasional baru.



Turut dijanjikan, Skim Bonus Warga Emas dengan insentif sebanyak RM1,000 setahun, Caruman Wanita Malaysia, kerajaan akan sumbang caruman sebanyak RM50 sebulan bagi setiap isteri yang layak, manakala suami akan sumbang caruman antara RM10 hingga RM100 sebulan, mengikut kadar pendapatan, memelihara hak tanah dan kebajikan Orang Asli. 



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata manifesto pilihan raya yang diumum pakatan pembangkang semalam tidak realistik, umpama “tanam tebu di bibir mulut” (tanam tebu di tepi bibir).
Ini kerana katanya sehingga sekarang pembangkang masih tidak melaksanakan janji untuk memberi “bintang dan bulan” di negeri-negeri yang mereka kuasai selepas pilihan raya umum lepas.
“Janji pembangkang dalam manifesto memberikan pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading jika menguasai Putarajaya tidak realistik.
“Tak payah tunggu memberikan pendidikan percuma sekiranya menguasai Putrajaya, buat dulu di negeri yang ditadbir mereka bagi membuktikan kemampuan mereka seperti di Selangor.
“Saya lihat manifesto ini tidak lebih sekadar ‘tanam tebu di bibir mulut’, manis mulut bercakap tapi hati lain, macam cakap tak serupa bikin,” katanya selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, di sini malam tadi.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata banyak janji yang dibuat kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat di Selangor pada pilihan raya umum lepas tidak ditunaikan dan sekarang rakyat mula bangkit menuntut hak mereka di mahkamah.
Manifesto bertema “Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat” yang dibentang pakatan pembangkang semalam antara lain berjanji untuk menghentikan serta-merta operasi kilang nadir bumi Lynas dan membatalkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) jika mereka memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar meminta rakyat negeri tersebut agar tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang dalam manifesto mereka yang beliau percaya tidak akan ditunaikan selepas memerintah.
“Janji ini bukanlah janji baru tapi janji sama yang muncul setiap kali menjelang pilihan raya umum,” kata Abu Hassan yang juga Yang Dipertua Mubarak Selangor.





BB : Khalid Ibrahim Telah Menegaskan sebelum ini bahawa Manifesto Bukan Janji... So fikir-fikirkanlah ye......
Share this article

1 Komen:

  1. sebenarnya bukan Pakatan Harapan Rakyat, tp sebaliknya Rakyat Harapan Pakatan.

    susun manifesto berkajang-kajang pun, kalau tunainya payah ya amat. rakyat pun fedup

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top