Nuffnang

PRU 13 Bakal Cipta SEJARAH


Sedar atau tidak, PRU ke 13 ini bakal mencipta sejarah dalam kancah pilihanraya di negara kita. Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan tidak lama lagi dijangka menyaksikan peningkatan jumlah peratusan rakyat keluar mengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lebih 80 peratus daripada 13.29 juta pengundi berdaftar akan berbuat demikian pada pilihan raya itu.
Angka tersebut jika berjaya dicapai bakal mencatat peratusan jumlah keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah pilihan raya negara. Jumlah tersebut adalah berdasarkan bilangan pengundi berdaftar yang diwartakan pada 22 Februari lalu.


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, terdapat empat faktor utama mengapa lebih ramai rakyat akan keluar mengundi pada PRU-13 berbanding peratusan yang keluar mengundi pada PRU-12 iaitu cuma pada kadar 72 peratus.
“Faktor pertama ialah daftar pemilih sekarang merupakan yang dikemas kini secara berterusan iaitu pengundi yang telah meninggal dunia selepas rekod kematian disahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikeluarkan daripada daftar pemilih.
“Ketika PRU-12, tidak dinafikan wujud pengundi yang telah meninggal dunia tetapi nama mereka yang ada dalam daftar pemilih tidak dapat dikeluarkan kerana SPR tidak menerima pengesahan kematian daripada JPN,” katanya kepada Kosmo!






WAN AHMAD (duduk di tengah) bersama Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin (duduk di kiri), Pengurus Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Syed Agil Syed Jaafar (duduk di kanan) serta para pengarang dan wartawan Kosmo! bergambar pada majlis Taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 di Kompleks Sri Utusan, Bangi semalam.


- SUMBER




Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top