Nuffnang

PEMECAH BERITA!!! SPR Dapat Maklumat Dari PM Mengenai Pembubaran Parlimen




Masa yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air. Pasti semua tertanya-tanya bilakah PM akan membubarkan Parlimen bagi menghadapi PRU ke 13. 


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013.

LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini.

Astro Awani.com memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi semalam.

Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau.

Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu.

"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.

Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013.

Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.

Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top