Nuffnang

HOT TELEMOVIE : NEW TANGGANG IN THE MAKING BAKAL GEGAR PANGGUNG

Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Sungguh tingginya darjat seorang perempuan yang bernama ibu walaupun mereka ini sebenarnya hanya berasal dari tulang rusuk Adam A.S.




Salah seorang sahabat Rasulullah SAW dilaporkan sangat terseksa di saat menghadapi sakaratulmaut, hanya kerana melebihkan sedikit kepentingan isteri melebihi ibunya dan menyebabkan ibunya itu sedikit berkecil hati.

Setelah ibunya memaafkan sahabat tersebut, barulah roh beliau pergi dengan aman bertemu dengan Allah Azza Wajalla. Dan begitulah besar dan tingginya kedudukan seorang ibu kepada setiap muslim di dunia ini.




Namun , semalam kita dipertontonkan di Buletin Utama  tentang seorang wanita tua berusia 78 tahun yang telah menyatakan luahan, rintihan dan rayuan hatinya terhadap salah seorang anaknya yang kini ibarat Tanggang setelah berjawatan besar dan berpengaruh. Apakah luahan Mak Tom ini mampu mengembalikan semula anaknya itu ke pangkal keluarga khususnya menemui kembali ibunya ini?

Mak Tom memberitahu bahawa kali terakhir anaknya bertemu dengannya ialah pada beberapa hari selepas hari raya pertama tahun lalu, iaitu sudah hampir setahun lamanya sedangkan anaknya pernah menghadiri program yang berdekatan dengan rumah beliau. Ibu mana yang tidak sedih.

Dan beliau mengesahkan kisah derhaka anaknya yang menganggap segala peralatan rumah dan makanan di dalam rumah Mak Tom sebagai najis dan haram, serta perlu disamak. Ceritanya sama saja dengan apa yang saya tuliskan beberapa bulan yang lalu.

Dan setelah berbulan menghancurkan hati dan menyebabkan ibunya mengalirkan air mata, apakah anaknya akan pulang untuk memohon ampun dan bertaubat dari segala kesalahannya itu?

Memang benar Mak Tom sering berdoa agar anaknya berubah kembali ke pangkal jalan dan memohon agar Allah membebaskan anaknya dari pengaruh individu lain. Memang benar doa ibu itu sangat mustajab untuk dimakbulkan Allah SWT.

Namun, Allah juga pernah berfirman yang mafhumnya bahawa Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum atau seseorang itu selagi mereka atau dia tidak mengubah dirinya sendiri. Jadi, apakah kita fikir anaknya mahu berubah dan kembali ke pangkal jalan?

Sekadar renngan bersama. Apalah ertinya hidup apabila kita menderhaka terhadap ibu kita? Apalah ertinya hidup apabila kita tidak diredhai ibu kita? Apalah ertinya segala kemewahan berbanding harga seorang ibu?



Tepuk dada, tanya selera... Oh ibu, engkaulah Ratu hatiku.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top