Nuffnang

BERBAHAYA : IKEA Tarik Jualan Lampu Syiling


IKEA Malaysia meminta pembeli lampu jenis HYBY, LOCK dan RINNA memulangkan semula produk itu ke gedung IKEA berhampiran.

PETALING JAYA: Peruncit barangan perabot, IKEA Malaysia menarik semula lampu siling produknya daripada pasaran atas sebab risiko serkup kaca lampu itu mudah terjatuh atau tertanggal.

Lampu siling jenis HYBY, LOCK dan RINNA ditarik semula daripada pasaran negara ini selepas lampu siling jenis itu sudah menyebabkan beberapa kes kemalangan di peringkat global termasuk satu kes di negara ini, yang mana menyebabkan mangsa terpaksa mendapatkan rawatan perubatan.

Penolong Pengurus Pemasaran IKEA Malaysia, Doris Chin dalam kenyataannya kepada FMT di sini, hari ini, turut menggesa pelanggan memiliki lampu siling HYBY, LOCK dan RINNA agar segera menanggal dan mengembalikannya ke mana-mana gedung IKEA dengan kadar segera untuk mendapatkan bayaran balik.

“Kami telah menerima laporan yang menyatakan bahawa ada lampu siling LOCK dan HYBY yang terjatuh. Bagi melindungi pelanggan dan mengelakkan insiden selanjutnya kami menarik balik produk tersebut untuk mereka mendapatkan bayaran balik sepenuhnya.

“Lampu siling HYBY dan LOCK telah pun dijual di Malaysia, LOCK sejak 2002, manakala HYBY pula sejak 2012. Lampu siling RINNA telah pun dijual di beberapa negara Eropah dan di China hanya sejak 2010 tetapi belum dijual di Malaysia,” katanya.

Chin berkata, lampu siling HYBY dan LOCK boleh dikembalikan di mana-mana gedung IKEA untuk bayaran balik sepenuhnya dan IKEA akan mengesahkan lampu siling RINNA yang dikembalikan sekiranya ada.

Katanya, bukti pembelian atau resit tidak diperlukan dan sebarang maklumat lanjut, pelanggan IKEA Malaysia boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Pelanggan di talian 03-7952 7575.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top