Nuffnang

HUSAM BAKAL DIPECAT - INI BUKTINYA!!!


Nampaknya PAS dah hilang sabar dengan Husam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan atau dipecat daripada PAS.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata demikian bagi mengulas tindakan Husam yang kebelakangan ini dilihat banyak menghentam parti itu.

Memetik laporan Bernama, Takiyuddin berkata perkara itu kini dalam perhatian pihaknya.

"Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti," katanya.

Sementara itu Takiyuddin berkata PAS mengalu-alukan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakilinya.

Beliau berkata PAS tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan anggota AMANAH terdiri daripada kalangan bekas anggota PAS.

"(AMANAH) tak ada kena mengena dengan kita dan dia tak perlu nak 'consult' dengan kita pun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Tionghua Kelantan Datuk Chan Chia Ling.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili PAS.

Pemecatan Husam pastinya dinanti-nantikan Mat Sabu bagi membawanya menyertai parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah. Mungkin juga Husam dijanjikan jawatan Menteri Besar Kelantan yang "terlepas" selepas kematian Nik Aziz sebelum ini.

Apa pun, kita tunggu jer....
Share this article

1 Komen:

  1. Husam buat gitu biar dia kena pecat so tak berdosalah dia...maksud saya memang niat nak tinggalkan pAs tapi apa kan daya telah berbaiah..kalau keluar parti tertalak 3 isteri atau isteri2 nya...nampak nya Husam ni masih ingat janji baiah nya bukan macam yang lain tu...takat jamu orang miskin je...suka hati lah takut esok2 kat padang mahsyar lain pulak critanya..kan

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top