Nuffnang

VIDEO XXX : Kenapa DAP Yang Nafi Sedangkan Yang Tengok MP PAS?


Macam-macam hal......Penyebaran fitnah tentang seorang pemimpin PAS yang menonton video X dinafikan oleh rakan pakatannya.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata meskipun parti berbeza, namun beliau tidak akan memburukkan nama mana-mana pemimpin dengan cara yang kotor.

“Tidak benar.

“Walaupun saya tidak sehaluan dengan Nasruddin dari segi politik, saya tidak setuju dengan cara mengaibkan orang secara peribadi dengan macam ini,” katanya menerusi Whatsapp kepada BNBBC.my.

Terdahulu, sebuah laman blog pro Parti Amanah Negara, Alhusseyn51 dalam artikelnya dua minggu lalu mendakwa, terdapat seorang Ahli Parlimen PAS tidak membuat bayaran setelah menonton siaran porno berbayar di biliknya sewaktu lawatan kerja beberapa wakil parlimen ke Jerman dua tahun lalu.

Walaupun tidak menamakan wakil rakyat PAS tersebut di dalam entrinya, penulis blog berkenaan seakan-akan memberikan klu dengan menamakan kesemua delegasi-delegasi jemputan yang terlibat dalam program jemputan Kerajaan Jerman pada Januari 2014 yang bertemakan “Pemisahan Kuasa dan Peranan Pembuat Dasar Menurut Demokrasi Berparlimen”.

Antara delegasi-delegasi jemputan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, Timbalan Menteri Pelajaran II, P Kamalanathan, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Koh Nai Kwong bagi mewakili BN.

Manakala jemputan dari pihak pembangkang telah diwakili Fuziah Salleh wakil PKR, Nasruddin Hassan mewakili PAS dan DAP diwakili Zairil Khir Johari.

Menurut blog tersebut, wakil PAS gagal menghadirkan diri sewaktu lawatan dan mesyuarat kerana demam dan hanya berehat di bilik.

Blog itu turut mendakwa wakil DAP terkejut mendapati bil hotel tertera cas yang dikenakan ke atas bilik wakil PAS kerana menonton filem porno.

Namun, ketika ditanya sama ada benar wakil PAS itu tidak hadir ke mesyuarat tersebut, Zairil enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Dalam masa yang sama, BNBBC.my turut cuba mendapatkan komen daripada Nasruddin sendiri, namun gagal dihubungi. - SUMBER

Tapi pelik juga kan? Kenapa tidak MP PAS yang dimaksudkan itu sendiri menafikannya? Kenapa perlu Zairil pula yang tampil menidakkan berita tersebut?  Adakah kedua-duanya turut sama menonton? Wallahu alam....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top