Nuffnang

PANASSS : Anak Menteri Hentam Najib?


Perbedaan politik di dalam sebuah keluarga memang suatu perkara biasa. Namun, apa yang berlaku ini sedikit janggal apabila anak seorang menteri menghentam Perdana Menteri yang merupakan ketua kepadà bapanya.

Wakil Pemuda Umno, Syed Rosli Jamalullail, memuat naik status di laman Facebooknya mengenai dakwaan salah laku yang ditunjukkan oleh anak kepada seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menerusi statusnya, Syed Rosli menulis, anak Datuk Seri Shahidan Kassim yang menghentam Najib itu menggesa kerajaan mengambil tindakan ke atas menteri itu dan keluarganya yang disifatkan sebagai ‘Kuat main wayang’.

“Ini adalah anak Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Melalui posting-postingnya di wall dia menyokong PM Najib dihentam Tun Mahathir. Menurutnya dia setuju PM Najib iaitu majikan kepada bapak dia di hentam,”tulisnya.

Beliau berkata, sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan tidak sewajarnya membiarkan anaknya bertindak sedemikian.

Malah, beliau turut menyifatkan jika kegagalan Shahidan mendidik anak bererti beliau juga tidak mampu untuk meyakinkan pengundi supaya menyokong parti itu.

“Bagaimana Shahidan Kassim pun gagal mendidik anak inikan nak harapkan beliau yakinkan pengundi untuk Umno BN. Keluarga Shahidan pun kuat main wayang sokong PM. Ameer Affif oh Ameer Affif. Shahidan Kassim gagal,”tulisnya.-SuaraTV

Secara peribadi, penulis amat setuju dengan Syed Rosli kali ini. Amat memalukan apabila seorang menteri itu sendiri "gagal" membentuk anaknya sendiri dalam memahami senario politik negara. Apatah lagi sebagai anak kepada pemimpin politik yang mentadbir negara, sudah tentu beliau dibesarkan dengan "hasil" yang diperoleh melalui kedudukan bapanya dalam politik.

Dipendekkan cerita, Ameer Affif adalah anak yang tak kenang budi atau memang benar Shahidan Kassim ni kuat "main wayang" seperti dakwaan Syed Rosli.
Share this article

6 Komen:

  1. Nanti jadi macam Khir Johari dan anak angkat cina dia, Christopher Lim yang setelah hidup dibesarkan oleh bapak yang 'memperjuangkan' UMNO, berpaling tadah dan menentang UMNO.
    Anak2 yang dibesarkan dengan segala kemudahan tapi akhirnya tetap KURANG AJAR DAN BIADAP. Mungkin si bapak tak oernah kasi penampar sebijik kot!

    BalasPadam
    Balasan
    1. SHAHIDAN KASSIM NI BUKAN ORG MAHATHIR DARI DULU KE?

      Padam
  2. Ya betul tu..kalau anak sendiri tak dapat dididik dan pemikiran mereka songsang lebih elok letak jawatan...malu oh...mana nak letak muka...saya sejak kecik anak saya saya didik dan sedarkan mereka bahawa hanya perjungan Umno yang dapat menyelamtkan umat Melayu di Malaysia ni...Alhamdulillah anak saya sokong Bn dan Najib...walau kami bukan dari kalangan menteri cuma akar umbi yang hidup bukan dalam pinggan emas seperti MUkhriz atau anak SHahidan Kassim yang banyak main wayang ni...Najib berhati hati...allah dah tunjukkan belang sorang lagi pemimpin ni...kalau anak dia dah kurang ajar bagi ajar cukup cukup

    BalasPadam
  3. INI menggambarkan generasi Y memang tak sokong umno.
    Terimalah kenyataan UMNO parti orang tua yang suka makan dedak.
    Genarasi Y mahukan kemajuan dan ketelusan.
    Tiada ketelusan dan sentiasa menyalakan orang tanpa langsung muhasabah diri,
    buykan je generasi Y, generasi si pemakan dedak pun, tak sokong UMNO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke...generasi Y tak sokon Umno? Dah buat kajian ke..,habis anak saya tu generasi apa ...hantu....tolonh sikitlah budak sekarang banyak baca internet...kalau nak tahu baca juga blog Helen Ang ke.Rpk k...banyak komen dari generasi Y....budak sekarang bukan mcm akak akak makcik makci pak lebai pak lebainyang kerjanya asyik dengar ceramah Pas kat surau...kalau mereka nak tahu lebih lanjut mereka akan cari carian di tempat yang bagi mereka boleh dipercayai...Allah beri akal ..taklah macam akak dan abang yang dengar je r cerita Rafizi terus tutup buku Th...kan video tu dah viral cik minah ni pun spesis yang macm gitu lah..kalau Rafizi kata A...ikut kalau nurul Izzah kata c ikut..,tu namanya otak letak kat lutut kepala

      Padam
  4. Sokong yang telus..kalau dah banyak isu..negara macamana rakyat nak percaya..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top