Nuffnang

BIADAP : Staf MAB Dikecam Teruk Netizen!!!


AKIBAT tidak menunjukkan sikap professional dalam pekerjaan, seorang staf Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah mencetuskan kontroversi di alam maya apabila dia dikatakan telah memarahi secara kasar seorang penumpang kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Leng Yein meluahkan kekecewaannya berkenaan sikap buruk pekerja terbabit di dalam kejadian yang berlaku di hadapannya sewaktu berada di KLIA baru-baru ini.

“Setibanya saya di Malaysia, lelaki ini mempamerkan perangai terburuk sebagai seorang warga Malaysia. Seorang penumpang berbangsa India di hadapan saya menuju ke pintu keluar setelah turun dari pesawat.

“Lelaki (pekerja MAB) bernama Abdullah (******045029) menahan individu tersebut dengan muka masam (seolah beliau menghadapi hari paing buruk),” katanya menerusi dalam posting beliau.

Dia yang juga merupakan seorang DJ seksi sangat terkenal di tanah air menjelaskan rasa terkejutnya apabila pramugara tersebut dengan nada ‘kurang ajar’ bertanya “MANA TIKET AWAK?” kepada lelaki India tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Leng, 30; menjelaskan lelaki India itu tidak menghiraukan sikap kurang ajar pekerja MAB tersebut dan apabila tiba gilirannya, Leng tidak melepaskan peluang untuk membalas ‘budi’ kepada pekerja berkenaan.

“Saya berada di belakang dia (lelaki India) dan menunjukkan beliau (pekerja) tiket saya dan dia kata ‘Kurang Ajar!’… Betul-betul di hadapan muka saya,” tegas Leng.

Apabila Leng menyoal “Kenapa pekerja perkhidmatan sangat kurang ajar?” pekerja tersebut menjawab: “Awak tak suka, awak buat aduan lah.”

DJ seksi itu kemudiannya membuat aduan terhadap pekerja berkenaan dan memuat naik ke laman Facebook sebagai bukti.


“Saya mahu menguji tahap efisien syarikat kapal terbang yang saya sokong selama bertahun-tahun. Lihat sama ada mereka mahu dengar apa yang penumpang katakan (saya sangat berharap) dan menghentikan sikap pekerja berlagak seperti bos dan salah laku dan mencabar penumpang membuat aduan,” ujarnya.

Bagi mereka yang pernah menghadapi insiden sama seperti Leng, tindakan MAB terhadap pekerja seumpama ini sangat dinanti-nantikan. 

Share this article

3 Komen:

  1. Sekadar berkongsi..cerita ..saya..memang percaya pada syarikat Mas ..tetapi oleh kerana segelintir pekerjanya yang perlu di brain wash balik dengan kursus apa yang patut....beri mereka rasa kalau mereka ditempat pelanggan dan di beri layanan sedemikian apa perasaan mereka....kalau tak suka jangan kerja tempat yang ramai orang..,gelagat kamu semua diperhatikan

    BalasPadam
  2. Leng Yein, you did a good job. This is not against MAB but to those that are wearing the company's Logo uniform. You can't have a person with rude language to the customer.

    There are also some other people with uniform but their attitude as per above incident. Hopefully MAB had prepared to take action against this particular person mentioned. Not all MAB staff are like that but as my mum always says..."Setandan kelapa tak semestinya semua baik".

    BalasPadam
  3. Don't bring the negative energy to the customer. They paid for better service and they are deserve to be treated like a king in flight.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top