Nuffnang

SAH : DAVID MOYES PENGURUS MU GANTI FERGUSON



David Moyes telah dinamakan sebagai Pengurus Pasukan Manchester United dengan mengikat kontrak selama enam tahun bermula 1 Julai ini.

Pada Rabu, Alex Ferguson telah menyatakan hasratnya untuk bersara daripada jawatannya selepas 27 tahun bersama United di Old Trafford.

Ferguson turut mengumumkan nama Moyes sebagai penggantinya.

“Ketika kami membincangkan mengenai calon pengganti kami fikir bahawa individu paling sesuai dan kami semua setuju sebulat suara ialah David Moyes.

“David seorang yang mempunyai integriti dengan etika kerja yang bagus,” kata Ferguson dalam satu kenyataan.

Ferguson berkata beliau sangat mengagumi cara pengurusan Moyes dan pernah menyapanya pada 1998.

“Saya mengagumi kerjanya sejak dahulu dan pernah menyapa dia pada 1998 untuk membincangkan mengenai jawatan Pembantu Pengurus Pasukan di sini.

“Dia memulakan kerjayanyan pada usia yang sangat muda dan dia telah melaksanakan tugas yang mengagumkan di Everton,” katanya.

Ferguson berkata tidak timbul persoalan berbangkit mengenai kualiti yang diharapkan daripada pengurus pasukan kelab berkenaan.

Terdahulu, Moyes 50, tidak akan menyambung kontraknya dengan Everton yang akan tamat pada penghujung musim ini sekaligus menguatkan spekulasi beliauj akan berhijrah ke Old Trafford.

Bobby Charlton berkata: “Saya sering berkata bahawa kami mahukan pengurs pasukan selepas ini merupakan orang yang betul-betul sayang akan United.”

David, yang telah bersama Everton sejak 2002, merupakan pilihan utama bagi mengisi jawatan Pengurus Pasukan United ekoran pengumuman Ferguson untuk bersara pada akhir musim selepas berjaya memenangi 13 gelaran juara liga, lima kejuaraan Piala FA dan dua kali merangkul kejuaraan dalam Piala Liga Juara-Juara.

“Everton boleh mengesahkan bahawa David Moyes akan meninggalkan kelab ini pada penghujung musim.

“Pengurus pasukan itu telah bertemu dengan Pengerusi Bill Kenwright petang semalam dan mengesahkan hasratnya untuk menyertai Manchester United,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pengerusi kelab, merakamkan penghargaan terhadap pencapaian kelab di bawah pimpinan David serta sumbangannya terhadap Everton sejak dia bersama mereka pada Mac 2002.

“Dia merupakan pengurus pasukan yang hebat. David telah mengetuai pasukan dalam hampir 500 perlawanan termasuk empat kejohanan di Eropah.

“Dua perlawanan terakhir beliau sebagai Pengurus Everton ialah dalam Liga Perdana Inggeris iaitu perlawanan menentang West Ham dan Chelsea.

“Wakil Everton akan mencari pengganti bagi jawatan pengurus pasukan segera,” menurut kenyataan tersebut.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top