Nuffnang

PERHIMPUNAN HARAM LYNAS ESOK DI PAHANG - INI KENYATAAN MEDIA PDRM PAHANG




Polis Pahang memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyertai perhimpunan haram yang dikatakan akan berlangsung di negeri itu esok. 

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ACP Anuar Osman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai perhimpunan yang dikatakan dirancang penyokong kumpulan anti-Lynas.

"Setakat ini pihak polis belum menerima sebarang permohonan untuk permit bagi perhimpunan tersebut. 

"Sehubungan itu polis menasihatkan agar orang ramai tidak menyertainya berikutan terdapat kebimbangan perhimpunan itu akan menimbulkan suasana tegang dalam kalangan peserta," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Anuar juga memberi amaran kepada yang berkenaan, terutama pengamal media sosial agar tidak mengulang siar dakwaan kononnya berlaku gangguan bekalan elektrik di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Bentong, Ahad lalu. 

"Pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap blogger yang terlibat dan akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Malaysia) bagi mengesan blogger atau individu yang terlibat jika kenyataan tersebut diulang siar," katanya. 

Semalam, Tenaga Nasional Berhad menafikan berlaku gangguan bekalan elektrik di pusat penjumlahan undi ketika pilihan raya umum ke-13 kelmarin.


Share this article

1 Komen:

  1. Kali ni harap pihak Polis jgn bagi muka kpd pendemo2 haram ni...cukup2 lah selama ni polis kena maki hamun,fitnah, dll.tunjukan ketegasan anda..kami menyokong anda...POLIS SEDIA BERHIDMAD!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top