Nuffnang

TEMBAK!! Polis Cari Suspek Bantu Siasatan

SHAH ALAM – Polis masih mencari seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tembak di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, N Ganesan masih gagal dikesan sejak kejadian yang berlaku pada 29 April lalu.




N Ganesan


“Kita percaya lelaki itu akan dapat dikesan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor G Mahesan di talian 019-6452902 atau 03-60641222.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, 37, sedang menunggu keretanya siap dicuci apabila didatangi dua lelaki bertopi keledar penuh yang menunggang sebuah motosikal.

Mangsa yang menyedari kehadiran penjenayah itu terus melarikan diri ke belakang premis.

Seorang penjenayah bersenjatakan pistol kemudian mengejar dan melepaskan tujuh das tembakan.

Mangsa rebah selepas terkena dua tembakan di kaki kiri dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top