Nuffnang

RANGKING FIFA : Harimau Malaya Naik 2 Anak Tangga

KUALA LUMPUR - Ketiadaan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad bola sepak kebangsaan tidak menggugat kedudukannya dalam ranking bola sepak dunia.

Kedudukan skuad Harimau Malaya yang dikendalikan Datuk K. Rajagobal sebaliknya naik dua anak tangga kepada 161 bulan ini berbanding 163 bulan lepas berdasarkan senarai ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.




Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158 sebelum turun satu anak tangga sebulan kemudian dan merudum ke tangga 164 pada Mac.

Kedudukan terbaharu itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Aruba (152), Bangladesh (154), Lesotho (155) dan Nicaragua (157).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Vietnam (132), Thailand (142), Filipina (144) dan Myanmar (158).

Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,538 mata.

Jerman dan Argentina turut mempertahankan kedudukan selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,428 dan 1,296 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. - Bernama



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top