Sahabat

My Nuffnang

Gambar-Gambar DS Najib Razak Di Majlis Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri

DATUK Seri Najib Razak telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Istana Negara.




Upacara ini berlangsung di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 4.07 petang.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri.

Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Turut hadir ke istiadat itu ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta para pemimpin parti komponen BN.

BB ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada Datuk Seri!!!















1 ulasan:

  1. meroyann nuar jubo nengokk ni...

    BalasPadam

Untuk Melihat Masa Depan Negara, Lihatlah Anak Mudanya Pada Masa Kini. Berilah Komen Yang Membina.

Komen Anda Adalah Tanggungjawab Anda Sendiri!!

Jom Baca Juga Artikel Sebelum Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR DULU, KINI DAN SELAMANYA