Nuffnang

Lahad Datu : Tubuhkan Segera Suruhanjaya Siasatan Khas!


Suruhanjaya siasatan khas bagi menyiasat penglibatan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tian Chua dan R. Sivarasa dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret mereka ke muka pengadilan sekiranya terbukti terlibat dalam insiden berkenaan.




Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Perak, Syamsul Baharin Putra Ahmad Syibi (gambar) berkata, suruhanjaya itu juga penting bagi memastikan keadilan khususnya kepada keluarga anggota keselamatan yang terbunuh.

"Saya gesa sebuah suruhanjaya khas ditubuhkan secepat mungkin, ini penting bagi mencari jawapan dan membongkar strategi jahat pihak tertentu yang sanggup membuka sempadan negara untuk diceroboh pihak asing.

"Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan, hukuman berat perlu dikenakan kerana mereka disifatkan pengkhianat negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan penggendali blog, Raja Petra Kamaruddin yang mendedahkan ketiga-tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terlibat sebagai dalang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan sebanyak 10 anggota keselamatan negara.

Pengendali laman web Malaysia Today itu mendakwa, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari bertujuan merancang pencerobohan kumpulan pengganas Kiram tersebut.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Anak Muda Islam Malaysia (Kami), Mohd Jeffery Amin Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa perlu bertindak segera menyiasat ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu berdasarkan maklumat yang dikemukakan.

"Sekiranya terbukti bersalah, ketiga-tiga pemimpin pembangkang ini perlu ditahan seperti penjenayah lain, tiada lagi keistimewaan kerana perbuatan mereka merupakan pengkhianatan kepada negara," katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top