Nuffnang

PENCEROBOHAN SABAH: KOLONEL BLACK PANTHER SULU DITAHAN!




Cubaan kumpulan pengganas Sulu menceroboh kawasan pantai timur Sabah belum berakhir ekoran penahanan dua buah bot dinaiki sekumpulan 25 lelaki yang membawa bersama pelbagai senjata oleh pihak berkuasa Filipina di perairan Simunul berdekatan negara jiran itu pada Ahad lalu.

Ketika ditahan pada pukul 3 pagi itu, dua buah bot yang menggunakan enjin sangkut tersebut masing-masing membawa seramai 12 dan 13 penumpang.

Pulau Simunul yang terletak kira-kira 144 kilometer dari Semporna, Sabah merupakan salah satu lokasi yang menjadi kawasan persembunyian dan pencerobohan puak pengganas Sulu yang sebelum itu menawan Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Sumber berkata, pemeriksaan pihak berkuasa negara Filipina ke atas kedua-dua buah bot tersebut menemui pelbagai jenis senjata api termasuk 15 laras raifel, lima laras senapang M-14 serta sepucuk pistol jenis Colt.

Turut dirampas 75 butir bom tangan.

Sumber itu berkata, kumpulan 25 lelaki yang dipercayai dalam rancangan menceroboh Sabah diketuai oleh Haji Asak Alimuddin seorang lelaki berpangkat kolonel dalam pasukan Black Panther Briged. Dikatakan Black Panther Briged merupakan salah sebuah pasukan elit dalam pasukan tentera Sulu.

Kolonel yang berusia 50-an itu turut dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Pemimpin Puak pengganas Sulu, Jamilul Kiram III.

“Haji Asak bersama anak-anak buahnya masih disiasat bagi mengetahui rancangan kumpulan itu yang dikhuatiri mahu menceroboh Sabah,” kata sumber itu dengan memberitahu kumpulan itu masih ditahan di kepulauan Jolo dekat Sulu.


Share this article

3 Komen:

  1. Tak abis2 nk serang negara org....anak haram punya keturunan kiram...


    BalasPadam
  2. tembak je lanun2 kiram ni....muka tak malu terhegeh2 nak masuk negara orang..

    BalasPadam
  3. Malaysia melalui saat-saat yg paling getir menghadapi ancaman luar dan ancaman dari dalam / demonstrasi(menjadi rusuhan?) , semuanya berlaku dalam masa yg sama..adakah kebetulan?

    Rakyat yg teramai yg cintakan keamanan, bersungguh-sungguh lah berdoa agar kita dapat mengatasi dugaan ini dan melenyapkan anasir2 yg menggugat keselamatan negara dgn segala jayanya..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top