Nuffnang

Astaghfirullah!!! 88 Remaja Melayu Ditahan Dalam "Parti Dadah"Di Penang!!!




Birthday Party konon......Untuk renungan bersama kepada ibu bapa dan anak-anak remaja supaya menjaga moral dan akhlak.

Laporan :

Serbuan Parti Dadah - Datok Keramat rpt:1936/14 bertkh 20/4/14.

Bertindak atas maklumat pada 20/4/14 @ 0245 hrs , Jbtn Narkotik T.Laut dan sepasukan polis Balai Polis Dato Keramat dan PVR telah buat serbuan di no. 135 Jln Masjid Negeri Georgetown (Rumah Banglo Homestay Puspahome, sebelah Penang Free School. 

Sekumpulan lelaki dan perempuan sedang berpesta. Melihat kehadiran polis beberapa lelaki cuba melarikan diri tetapi dapat ditahan. 

Seramai 50 lelaki dan 38 perempuan ditahan untuk ujian air kencing; berumur 18 - 34 thn. 

Ujian air kencing keatas tangkapan perempuan (M) positif 25 orang (meth/amp). Manakala lelaki (M) positif 35 orang (meth/amp). 

Siasatan mendapati pada asalnya saorang lelaki nama Jazmi Daniel b Abdul Jalal 27th organise birthday party utk 50 kwn2 nya tetapi berlarutan jadi party dadah.




Seramai 88 individu termasuk 38 wanita ditahan ketika meraikan pesta hari jadi dalam keadaan mabuk dan khayal di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini awal hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan unit narkotik pada pukul 2.45 pagi hasil maklumat orang awam.

“Hasil siasatan seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa menganjurkan majlis hari jadi di banglo itu, bagaimanapun ia dijalankan dalam suasana yang mencurigakan kerana lagu dipasang dengan kuat dan polis turut menemui pelbagai botol arak.

“Mereka juga dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah danarak,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Ismail berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah.

Beliau berkata siasatan awal mendapati 16 daripada yang ditahan itu ialah pelajar sekolah dan turut positif dadah. Ismail berkata polis akan memanggil pemilik inap desa berkenaan bagi membantu siasatan kes itu.

“Menurut siasatan juga ada pengunjung yang menghadiri majlis itu dikenakan bayaran dan difahamkan ia adalah bagi menampung kos sewa inap desa serta makanan untuk majlis berkenaan,” katanya.

- Bernama
Share this article

2 Komen:

  1. Inilah kualiti anak2 Melayu sekarang terutama Melayu p.pinang.Dahlah minoriti,perangai pulak tak semenggah.Hakptuihh..

    BalasPadam
  2. Perlu ambil pengajaran. Didikan agama ptg utk btk akhlak remaja.



    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top