Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.
Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.
“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.
Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.
“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.
Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.
Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
- SUMBER
Kemalangan di 306.1, tapi upacara kat 301.6.... facepalm~
BalasPadamPuaka dan jembalang amat berkuasa sekali?
BalasPadamAllah tak dak peranan ka dalam kes Karpal singh tu?
Sesat algi menyesatkan! hah?
Dia la tu yg puakanya
BalasPadamBertaubat lah sebelum terlambat
BalasPadamTanya bomoh. .tu la jawapnya. ..tanya engineer lain la pulak. .
BalasPadamcuba tanya PLUS.....rasanya plus jawap jalan mereka terbaik dan selamat
Padamkalau dah memang tahu kawasan tu terkenal dengan gangguan puaka, kenapa tak pgi halau awal2? tak de la karpal singh mati kat situ.
BalasPadamkalau dah memang tahu kawasan tu terkenal dengan gangguan puaka, kenapa tak pgi halau awal2?
BalasPadamTak de la karpal singh mati accident kat situ.
sekumpulan "HANTU" sedang melakukan upacara menghalau hantu...
BalasPadamMana-mana didunia ini pun ada hantu. Tapi, hantu yang paling dahsyat sekali ialah hantu siang kelapa bubu.
BalasPadammemalukan melayu..jabatan agama patut tangkap setan ni..tak habes2 buat crite mgarut dy.bodoh!!
BalasPadamGile pale.......
BalasPadamhahaha... tergelak ngan reaksi Tok Bomoh satu hal... tergelak pulak ngan komen2 korang nih.. tqvm semua.. wak aku tersenyum pagi2 ni... Tok Bomoh ni cari glamour jea.. byk lagi kat tempat org awam mati accident... dia xde gi halau hantu pulak...
BalasPadamSemua kejadian dilautan atau didaratan adalah ketentuan Allah...tingkatkan usaha atas Iman ..insyaallah ....
BalasPadamTanya Polis dia kata ada penjenayah
BalasPadamTanya JPJ, dia kata memang laju
Tanya Plus, dia kata jalan tak rata
Tanya Hospital, dia kata ambulan lambat tiba..
Tanya Bomoh, dia kata ada penunggu gua tempurung yg berpuaka..
tanya tian chua dia kata ini polis SB punya kalaja ..
BalasPadamtanya anak karpal dia kata itu pemandu lori agen UMNO ..
tanya anwar dia kata nanti saya bagitahu
tanya aku manalah aku tahu
tanya bomba dia kata kami sampai benda dah berlaku
yang mati biarlah mati
yang hidup ..haaa yang hidup ini sapa mau kasi mati ?