Nuffnang

TANGGAL PURDAH!!! Benarkah Dakwaan Pengasas Sendayu Tinggi Ini?



Bukan mudah mendidik hati.. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap pendiriannya.. Saya tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang dikenali.

Berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam, Pas atau anti kerajaan.. Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau mana-mana politik.

Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan islam..!!

Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi. Banyak kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah. Antaranya kecaman yang saya terima ialah
  • Muka saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai..
  • Kalau nak berubah kenapa nak tutup muka..
  • Kenapa pakai make up lagi kalau dah pakai purdah..

Masalah saya semasa berpurdah,
  • Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.
  • Saya ingin membeli siaran RTM & TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.


Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”
Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??

Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”.. Disini saya melihat dan merasakan hak mempertahankan maruah dan agama “Islam” itu sangat kecil jika dibandingkan menjaga hak orang bukan islam lebih bermakna dan dihormati ..

Bukan itu saja memakai Niqab juga menyukarkan urusan perniagaan dalam dan diluar negara. Mereka menganggap orang islam adalah pengganas. Semasa saya di Air Port Guang Zho saya bersolat (tiada tempat solat saya terpaksa solat ditempat terbuka) 3 orang polis merapati saya ketika solat. Mungkin melihat saya dengan purdah dan jubah hitam, manakala suami saya bersongkok putih..

Semasa bersarapan di hotel saya di datangi seorang wanita cina muslim Malaysia (Eksport Biskut) dan boleh berbahasa kantonis“Kalau nak berniaga tak boleh pakai macam ni, saya kat Malaysia pakai tudung.. Kat sini saya buka.. Terpaksa.. Mana-mana negara mereka tak mahu berniaga dengan kita”.. Saya diam tanpa sebarang komen..

Setelah 3 tahun berpurdah, saya terpaksa membuka purdah selepas meminta pandangan dan diberi penjelasan oleh 3 orang yang arif dalam hal agama. Katanya “muka dan tapak tangan bukan aurat wanita”.

Diharuskan bagi saya untuk membuka purdah jika untuk tujuan memudahkan perniagaan dan memakai purdah itu adalah sangat banyak kebaikannya dalam mengelakkan fitnah.-rozitaibrahim.com


BB : Antara Purdah Dan Perniagaan, Akhirnya Perniagaan Yang Menang? Apa pun, BB terpanggil untuk mendapatkan penjelasan dari pihak-pihak yang berkaitan seperti mana dakwaan beliau!!
Share this article

1 Komen:

  1. selagi perkara itu tak mendatangkan dosa, tak mengapa.
    berPURDAH bukanlah kewajiban, sedangkan di dlm solatpun tidak diwajibkan berpurdah
    cuma yg menjadi POLEMIK adlh sbb beliau membuka purdah.
    perSOALan UTAMA adalah berDOSA atau tidak, WAJIB atau tidak.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top