Nuffnang

TIAN CHUA : Dr. Mahathir Dah Tumbang, Kini Giliran Najib!!!



A. Parlimen Batu, Chua Tian Chang mengulangi pendiriannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi.

Beliau yakin majoriti rakyat Malaysia akan turut sama memberikan tentangan serupa seperti reformasi pada 1998.

“Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

“Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi. Saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya. Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib,” katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Chua yang juga lebih dikenali sebagai Tian Chua menulis di Twitter @tianchua pada bulan lalu Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan.

Susulan daripada tulisan itu, polis merampas tablet dan telefon bimbit milik Chua ketika beliau sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Katanya, operasi pada jam 7.30 petang itu dijalankan di hadapan umum oleh sepasukan polis berpakaian preman yang membawa waran geledah.

Chua berkata, pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat membuktikannya sendiri dan sejarah itu perlu diingati.

“Kita pernah menunjukkan rekod kita. Saya disumbat di dalam (Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di Kamunting selama dua tahun tetapi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, kekerasan dan penindasan tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat.

“Dengan kebangkitan rakyat ini, Dr Mahathir juga tumbang dan inilah hakikat yang kita ingin ingati. Kita akan pertahan dan bangkitkan untuk jatuhkan Najib kalau berani penjarakan Anwar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberi gesaan sama anak muda akan bangkit menentang kezaliman.

Katanya, himpunan menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini bakal menjadi saksi gelombang kebangkitan anak muda.

“Amaran saya kepada Najib dan Mahathir. Kalau kamu berani penjarakan Anwar sekali lagi, percayalah cakap saya bukan seratus, bukan seribu, berpuluh-puluh ribu anak muda akan lawan sampai Umno tumbang.

“Bersiap sedia tunggu arahan. 1 Mei kita jumpa di jalan raya. Bila-bila masa, mereka berani penjarakan Anwar, kita turun ramai-ramai tumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Insya Allah,” katanya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR) akan turut serta dalam himpunan membantah GST 1 Mei ini dan memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya.

Katanya, ratusan ribu orang akan menyertai himpunan kemuncak ini setelah rakyat saban hari terus dibebani dengan kenaikan harga barang berterusan dengan GST yang akan diperkenalkan pada tahun depan.

"Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka," katanya.

Share this article

4 Komen:

  1. kot-kot tian chua pulak yang tumbang.....kot-kot terbalik.....lancang mulut menandakan busuk dan jahatnya hati...

    BalasPadam
  2. CINA SIAL MMG MCM TU..ENTAH2 DIA PULAK MAMPOS ODW NAK G SANA....
    AMACAM..

    BalasPadam
  3. Lebih plak cina ni.kaum kita jugak dikudakan kat jalanraya.kaum dia duk rumah jek tgk dari tv sambil makan kuaci.phuiiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju 100%. Sebenarnya yang terikut2 dgn demontrasi tak faham erti sebenar kehidupan. Banyak yang terpengaruh mendengar hasutan dan hidup2 tak sedar kena tipu. Kenapa kita nak sokong orang yang banyak buat kerosakan dan akan menghapus dan menyekat kepentingan agama dan bangsa kita. Mereka licik menipu, kita masih tak sedar2 lagi. Betul mereka senang-lenang duduk kat rumah, kita yang terpekik-terlolong dan sanggup meninggalkan solat tanpa takut dan gerun kepada yang maha pencipta (Allah swt). Fikir2kanlah. Kalau berterusan macam ini siapa yang akhirnya mendapat manafaat. Umpama JONG pecah YU kenyang. Sudah2lah anak bangsaku. Selama ini mereka kaya kerana banyak menipu kita. Dengan kekayaaan itu pula mereka hendak menghapuskan kita dari bumi bertuah ini. Tengoklah kekayaan yang mereka dapat semuanya dengan menipu nenek moyang kita dan kita2 juga pada masakini. Saudara2 seagamaku orang2 Islam, jauhilah mesin2 judi, nombor ekor haram, arak, pelacur dan macam2 maksiat lagi. Dengan bentuk2 maksiat inilah mereka kaya. Belum bentuk makanan lagi yang mereka campur dengan benda2 haram. Ya Allah! lindungilah kami kaum muslimin dari kejahatan orang2 kafir dan mereka yang berniat jahat keatas kami dan Negara kami yang sangat bertuah ini. Semua nekmat adalah dari kurniaanmu jua. Ameen....

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top