Nuffnang

Mak Aii.... 42 Jurulatih Mohon Jawatan K. Rajagopal







Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima 42 permohonan daripada jurulatih tempatan dan luar negara untuk mengisi jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata panel pemilihan FAM sedang menyenarai pendek pemohon untuk mengisi kerusi 'panas' yang disandang oleh Datuk K. Rajagobal.

Kontrak Rajagobal bersama skuad Harimau Malaya akan berakhir Disember ini.

Tengku Abdullah berkata keputusan calon pengganti Rajagobal hanya akan diumumkan selepas kempen skuad Harimau Malaya dalam pusingan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 berakhir Mac tahun depan.

"Pemilihan calon bergantung kepada beberapa kriteria seperti petunjuk prestasi utama, kemampuan (pasukan kebangsaan) dan apa yang terbaik untuk pasukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Antarabangsa serta Teknikal dan Belia FAM di sini, Rabu.

Berikutan itu, beliau meminta semua pihak supaya menghentikan desakan supaya menamakan pengganti Rajagobal.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah berkata badan induk bola sepak kebangsaan itu sedang meneliti sembilan permohonan untuk mengisi jawatan Pengarah Teknikal FAM.

Menurutnya jawatan itu berbeza dengan fungsi Pengarah Pembangunan Bola Sepak Negara yang disandang oleh bekas pemain kebangsaan Lim Teong Kim yang memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

"Calon yang dipilih bertanggungjawab melihat (aspek) kejurulatihan skuad Harimau Muda A sehingga C, skuad Harimau Malaya serta skuad futsal dewan dan pantai kebangsaan.

"Jadi, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul (oleh mereka yang terpilih nanti)," jelasnya.

Jawatan Pengarah Teknikal FAM kosong selepas abang Teong Kim, Lim Kim Chon, memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya bersama FAM pada Jun lepas. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top