Orang Melayu, Orang Islam Kalau Tak Sedar Lagi Tak Tahulah.
SINDIRNYA LAGI “Kakitangan awam tertinggi di dunia,” kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebagai simbolik parti itu terus menerus memusuhi kakitangan kerajaan yang majoritinya terdiri daripada Melayu-Islam.
Kit Siang berkata, pada 2009, nisbah kakitangan awam-penduduk di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia-Pasifik, iaitu 4.68 peratus berbanding 1.4 peratus bagi Singapura, 1.79 peratus bagi Indonesia, 1.85 peratus bagi Korea Selatan dan 2.06 peratus bagi Thailand.
Kenyataan Kit Siang itu mengesahkan kebencian DAP terhadap kakitangan kerajaan sepertimana yang diakui oleh Tony Pua Kiam Wee dalam Sinchew Daily News, 1 November 2011.
Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP dilaporkan berkata jika Pakatan Rakyat (PR) dapat memerintah kerajaan pusat, akan dikemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing,”katanya.
Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.
Menurutnya, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Malaysia.
Jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, katanya bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....